Pantang Larang Makanan Pesakit Gout.


Walau berapa bagus pun suplemen yang kita ambil, jika kita tidak menjaga pemakanan, penyakit kronik semakin senang menyinggah di badan kita. Tambah-tambah lagi jika kita tidak mengamalkan kehidupan yang sihat iaitu bersenam.

Antara penyakit kronik yang biasa menyerang lelaki terutamanya lelaki berumur lebih dari 30 tahun adalah sakit jantung, arthiritis, gout, obesiti, kanser prostat dan sebagainya.

Gout adalah salah satu penyakit yang tidak asing bagi lelaki . Penyakit ini menyerang jika kandungan aisd urik terlalu tinggi di dalam badan.


Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit ‘crystal arthropathy’ yang disebabkan oleh pembentukan asid urik (Uric Acid) yang berlebihan di dalam sistem badan manusia. Ia berlaku di dalam 1% daripada populasi manusia.

Faktor penyebab utama gout di dalam 95% pesakit ialah faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.

Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembentukan kristal yang berkumpul di dalam tisu dan juga sendi-sendi. Di dalam kes-kes serangan Gout Akut (Acute gout), sendi pesakit yang terlibat akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan yang amat sangat. 


Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki (metatarsophalangeal joint of the great toe), sendi lutut, siku dan sendi jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga biasanya mengalami kekangan  sendi pada waktu pagi (morning stiffness).


Bagaimana Gout Menyerang?


Kenapa gout ini sangat sakit dan tak boleh diurut?

Sebab asid urik ini tajam. Kalau diurut, akan bertambah sakit. Dan asid ini juga bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama, boleh terbentuk jadi kristal yang tajam.

Komplikasi/kesan

1- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’

2- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’.

3- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Rawatan biasa

1) Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.

2) Steroid

Peringatan: steroid hanya boleh diambil melalui nasihati doktor)

Lazimnya, cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang atau bengkak.


Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang mungkin terjadi.


Walaubagaimanapun, GOUT ini boleh datang menyerang jika orang lelaki terutamanya tidak menjaga pemakanan dan menjalani hidup yang sihat. 

Makanan Yang Perlu Di elakkan Bagi Pesakit GOUT:
Kekacang
Kacang tanah,kacang putih dan segala kacang bergaram

Jeruk
Jeruk kering & basah seperti asam boi, buah kana, mangga jeruk , ikan masin jeruk,  ceremai dan sebagainya.

Makanan Segera
Maggi, KFC , Burger, sosej dan sebagainya.

Makanan Berkaleng/Dalam tin
Sardin, buah-buahan dalam tin.

Ayam daging
Ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Jenis Sayuran
Asparagus, bunga kobis, bayam, brokoli dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran.

Organ Dalaman 
Organ dalaman haiwan seperti hati, paru , limpa dan jantung HARUS DIELAKKAN.

Minuman Berperisa
Air Jambu batu, Nescafe, Kopi, air sunqist, teh o limau , air gas, dan minuman berperisa yang lain kerana minuman berperisa ini mengandungi bahan pewarna , rasa dan bahan kimia.

Makanan Laut
Elakkan Sotong, Udang,kerang & ketam. 

Makanan Berbisa
ikan semilang, ikan pari.

Buah-Buahan
ELAKKAN : Jambu batu,mangga, tembikai, tembikai susu.
KURANGKAN:  pengambilan durian, rambutan, ciku dan longan




Tip TAMBAHAN untuk pesakit gout.
1) Kajian menunjujjan lelaki yang  minum 5-8 gelas air masak sehari mampu menurunkan 40% risiko serangan gout. Elakkan air berkarbonat, bergula di mana ia boleh meningkatkan risiko serangan gout.

2) Obesiti meningkatkan kadar risiko serangna gout. Jadi, pemakanan yang seimbang dan mengurangkan berat badan boleh membantu kurangkan simptom gout. 

3) Makanan yang tinggi kandungan purin adalah salah satu sebab mudah kena serangan gout. Badan akan menguraikan purin kepada urik asid . Kandungan urik asid yang tinggi di dalam darah mengakibatkan gout. Sesetengah makanan sepergi organ dalaman (hati, limpa), sardine dan ikan bilis adalah beberapa makanan yang mengandungi kandungnan purin yang tinggi.



4) Pilih karbo yang sihat . Karbo yang diproses seperti roti putih, tepung putih mengandungi kandungan purin di mana ia menggalakkan obesiti.. Fokus kepada pengambilan oat, beras perang, keledek dan sayuran.

5) Makanan yang kaya kandungan asid lemak termasuklah ikan air sejuk seperti ikan tuna , salmon, flaxseed. Asid lemak membantu menurunkan keradangan. Gunakan minyak yang kaya kandungan asid lemak seperti minyak zaitun di dalam masakan. Cubalah untuk kurangkan lemak di dalam pemakanan.

6) Kurangkan makanan berdaging.

7) Ambil susu rendah lemak sahaja. Semasa serangan gout, produk tenusu rendah lemak boleh membantu membuang urik asid berlebihan melalui air kencing.

Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test