5 Minit Sahaja Urut Bayi!


SENTUHAN adalah elemen sangat kuat dalam ikatan setiap insan. Begitu juga dengan uruta. Ia merupakan kepada penyumbang kepada ikatan kasih sayang anda kepada bayi. Ia juga boleh menenangkan bayi anda dan membantunya untuk tidur.

URUTAN umpama "MAGIK" kerana ia memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Hanya beberapa minit sehari, sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi.

Terdapat bukti saintifik menunjukkan urutan sangat penting untuk perkembangan bayi pramatang dan kumpulan yang memerlukan rawatan khusus antaranya Sindrom Down, Serebral Palsi, Athma, Autistik. Lebih menakjubkan, kajian ke atas bayi pramatang yang diberikan urutan pada KEPALA,BAHU,BELAKANG BADAN,KAKI dan TANGAN selama 5 MINIT, 3 KALI SEHARI menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus. Hal ini membolehkan bayi ini keluar dari hospital lebih awal. Sungguh istimewa jika urutan dilakukan secara betul dan konsisten.

WAKTU YANG SESUAI.

Secara umumnya untuk melakukan urutan TIADA MASA YANG DITETAPKAN. Namun dicadangkan, waktu yang sesuai urutan adalah antara waktu menyusu bayi. Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Masa yang baik untuk mengurut aalah semasa bayi sedang berjaga dan waktu selepas mandi waktu PAGI. Urutan sebelum tidur juga akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, RELAKS dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.

Sebelum anda memulakan urutan, terdapat beberapa kriteria yang perlu dilakukan iaitu pastikan bilik itu hangat, baringkan bayi di atas tuala,lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk. Atau , biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.

Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak, tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas sesi mengurut dan peralatan menukar lampin yang biasa anda gunakan.







RINGKASAN FAEDAH URUTAN BAYI
1. Rasa disayangi
2. Membangi tidur lena.
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Rangsangan sentuhan.
5. Menyihatkan kulit bayi.
6. Melancarkan sistem peredaran darah.
7. Membantu sistem penghadaman.
8. Membantu dalam sistem pernafasan.
9. Melegakan kesakitan pada gigi.




lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

1 comment:

  1. Senang je rupanya urut baby ni. Senang daripada urut orang.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

test