6 Manfaat Air Beras Untuk Wanita Cantik!


Semasa usia saya seawal 7 tahun, mak saya selalu pesan. Kalau kosek beras (cuci beras), airnya jangan buang dulu. Buang ke tepi airnya dan cuci muka guna air cucian beras. Untuk kulit yang cantik katanya. Saya memang amalkan sejak dari sekolah rendah lagi. Kelakar pulak rasa. Tapi petua orang-orang tua, kita ikut ajelah. Alhamdulillah, sampai sekarang, jarang lah jerawat hinggap di muka.


 Kalau wanita Jepun memakainya untuk cuci muka dan tubuh badan, kenapa tidak kita? Percaya atau tidak, anda boleh mencuba rawatan ini di rumah hari ini. Di bawah adalah antara manfaat 

#1. Sebagai Pencuci
Simpan air cucian beras di dalam botol, gunakan setiap kali anda mencuci wajah. Khasiat yang terkandung di dalam beras akan membuatkan kulit wajah bercahaya. Amalkan dua kali sehari, kulit akan semakin sihat dan cantik.

#2. Penyegar kulit wajah
Rendam kapas muka di dalam air beras, kemudian lap kulit anda secara perlahan-lahan. Ia membantu membuang kotoran dan sebum pada kulit. Air beras membuatkan kulit anda lembut dan segar, amalkan selalu petua ini. Anda pasti gembira dengan hasilnya.



#3. Masker wajah
Air cucian beras juga sangat bagus dijadikan masker wajah. Rendam tisu wajah di dalam air beras, biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian, angkat dan tos seketika. Tempelkan pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Wajah akan segar dan beransur cerah.

#4. Kecilkan pori-pori
Bagi anda yang mempunyai masalah liang roma besar pada wajah, air beras adalah antara cara terbaik untuk mengecilkan pori-pori. Celup kapas muka di dalam air beras, lekapkan pada wajah. Kemudian, tekan secara perlahan-lahan pada bahagian bermasalah. Lakukan sekurang-kurangnya tiga minggu sekali, pori-pori wajah akan semakin mengecil secara semula jadi.

#5. Hapuskan jerawat
Jerawat membuatkan wanita runsing, ia menjejaskan penampilan wanita. Walaupun sudah berjumpa dengan pakar kulit dan menggunakan produk yang mahal namun jerawat tidak juga hilang. Usah bimbang, amalkan petua ini. Gunakan air beras membersihkan wajah terutama di bahagian berjerawat. Air beras merawat jerawat secara alami. Jerawat mengecut dan tidak meninggalkan parut.

#6. Rawat rambut
Air beras juga boleh dijadikan masker rambut. Tuang air beras pada kulit kepala, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Sebaik-baiknya, balut kepala dengan tuala. Kemudian bilas rambut dengan syampu serta gunakan pelembap. Rambut akan kelihatan bersinar dan lembut.




lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test