5 Cara Kekang Alergi Anak Sejak Dalam Kandungan



Pemakanan dan persekitaran memainkan peranan penting dalam pertumbuhan si kecil di dalam rahim agar lahir nanti dia terhindar alergi. Banyak perkara yang tidak terduga perlu di titikberat dalam pembesaran si Manja. 


Setiap mama mahukan yang terbaik untuk si kecil. Sekiranya ada sesuatu yang boleh dilakukan semasa hamil yang boleh menjamin kesihatan si Manja, tentu ia boleh dilaksanakan. Pelbagai pendapat diutarakan mengenai topik ini. Ramai yang berpendapat pemakanan yang sarat dengan makanan PENCETUS ALERGI PADA SEMESTER TERAKHIR menjadi PENYEBAB utama si kecil yang dikandung mendapat reaksi alergi sejurus selepas lahir. Sejauh mana kebenarannya???

Bagi mendapatkan kesahihan dan pendapat pakar tentang pelbagai perkara berkaitan, Dr Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kelana Jaya Medical Centre memberi pandangan beliau;

"Belum ada penyelidikan dan kajian yang 100% membuktikan kenyataan ini . Ibu yang hamil perlu mengamalkan diet yang seimbang sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam piramid makanan. Tidak perlu mengubah terlalu banyak dan mengambil setiap makanan yang baik dalam kuantiti yang sederhana sahaja walau pun ia baik untuk anda dan bayi"
tegas Dr Dharmini.

Alahan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alahan yang disebabkan oleh seperti pemakanan, pernafasan, kulit, logam atau ubat-ubatan. Ia disebabkan oleh faktor yang dipanggil ALLERGEN. Apabila terdedah kepada ALLERGEN, reaksi alergi akan berlaku.



SEJARAH KELUARGA

Bagi ibu bapa yang mempunyai sejarah keluarga alergi terhadap sesuatu allergen perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Alergi sememangnya boleh diwarisi dalam keluarga. Apabila tahu, maka anda akan lebih bersedia menghadapinya dan akan berhati-hati untuk memperkenalkan makanan tersebut apabila dia mencecah usia enam bulan. Bagi golongan yang berisiko, persiapkan diri untuk penyusuan ibu. Penyusuan susu ibu adalah usaha terbaik untuk menghidari masalah alahan pada si kecil.


KUANTITI SEDERHANA

Sesetengah ibu mengambil makanan yang berkhasiat sehingga memudaratkan sehingga menyebabkan keracunan toksin. Sebagai contoh ikan salmon yang kaya dengan Omega 3 dan Vitamin A. Mustahak untuk memastikan sajian yang diambil tidak terlalu banyak.

Hal in ikerana ia boleh menyebabkan keracunan merkuri. Begitu juga vitamin A, D, E dan K perlu diambil dalam kuantiti minimum. Hal ini kerana vitamin-vitamin tersebut adalah jenis yang berasaskan minyak dan akan disimpan oleh hati apabila terlalu banyak dan tidak diguna oleh tubuh seterusnya menyebabkan keracunan toksik. Hal ini juga secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti kesihatan bayi yang dikandung apabila lahir kelak.


PEROKOK SEKUNDER

Bagi ibu yang pernah merokok, mempunyai suami atau ahli keluarga perokok atau pun selalu terdedah kepada asap rokok, hal ini akan menyebabkan bayi lahir kurang berat badan dengan paru-paru tidak matang.

Walaupun hal ini tidak berkaitan dengan alergi si manja, kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah alergi dan terdedah kepada asap rokok akan mempunyai risiko besar untuk terdedah alergic rhintis apabila dia mencecah usia setahun.

Para perokok yang merancang untuk hamil harus berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Nikotin yang ada dalam darah ibu boleh masuk ke dalam darah bayi menerusi plasenta dan ini boleh mengancam paru-paru dan meningkatkan risiko athma dan kematian bayi mengejut ( sudden infant death syndrome ).

KAYA PROTEIN

Pengambilan diet yang kaya protein amat disarankan. Protein yang tinggi akan membina imuniti badan. Hal ini kerana sel-sel antibodi terdiri daripada protein. Kemungkinan besar ini adalah cara yang digunakan oleh para ibu untuk mengurangkan risiko alergi pada si kecil apabila lahir. Daging tanpa lemak ikan adalah contoh makanan yang boleh diambil oleh mama hamil untuk menguatkan antibodi bayi.

VITAMIN

Bakal ibu perlu mendapat sumber vitamin secukupnya daripada sumber semulajadi. Ia lebih baik berbanding pil atau kapsul lebih segar dan mudah diproses tubuh terutama sekali vitamin C yang menguatkan pertahanan tubuh daripada penyakit dan alahan.
Pengambilan vitamin pranatal secara berterusan seperti yang diarahkan oleh doktor memberikan manfaat membina tubuh bayi yang sihat. Vitamin pranatal mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu untuk perkembangan tubuh sendiri dan janin.





lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test