Bila Perlu Risau Jika Anak Muntah Susu?



Pernah tak mommies mengalami anak muntah susu selepas minum susu? Tak pun, semasa minum susu ,dia tiba-tiba akan termuntah .


Kebiasaanya, masalah susu yang diminum dan diluah semula (posseting /spitting up / jeluak / reflux) ini bukan masalah serius, bersifat sementara dan akan pulih sendiri dengan masa. Ini disebabkan oleh otot esophagus yang sepatutnya berfungsi sebagai “pintu” untuk menghalang kandungan isi perut dari “naik ke atas” semula, belum matang dan berfungsi sepenuhnya.

Hampir 50 – 60% bayi berusia lingkungan 3 bulan akan mengalami gejala ini, dan biasanya akan hilang dalam usia 1 – 2 tahun, tanpa memberi kesan besar terhadap kesihatan bayi tersebut (bayi ini akan terus membesar secara normal dan mempunyai tahap tumbesaran yang sihat). 

Pengalaman menyusukan kedua-dua anak saya pun begitu. 

Namun begitu ada segelintir bayi, di mana masalah ini memberi kesan besar terhadap kesihatan bayi seperti masalah kurang berat badan, gangguan pernafasan, masalah peparu dan sebagainya (dan ianya dikenali sebagai GORD jika memberi kesan langsung terhadap kesihatan).


Kebiasaanya, gejala GORD yang biasa dikenalpasti termasuk jeluak/posseting susu, batuk selepas minum susu, berat badan tidak naik, jangkitan kuman peparu, kerap muntah selepas minum susu, tidak mahu/selesa ketika menyusu, badan bengkok ke belakang (arching of back), dan gejala lain yang tidak spesifik seperti sakit perut dan meragam.



Ada beberapa masalah lain yang mungkin turut “mimik” masalah GORD, antaranya:-

1)     “Sucking swallowing incoordination” – Keadaan dimana pengaturan penghisapan susu dan pernafasan tidak seragam menyebabkan batuk dan tersedak susus.


2)     “Tracheo-Oesophageal Fistula” – Struktur tambahan yang menyambung saluran pernafasan dan pemakanan.




3)     Sumbatan, sempitan atau halangan pada struktur saluran pemakanan dan usus.


4)     Alahan susu


(Lantas, pemeriksaan doktor yang rapi dan ujian tertentu boleh memastikan masalah di atas dikenalpasti).


Doktor mungkin mencadangkan beberapa ujian untuk bukan sahaja mengenalpasti punca utama masalah seperti GORD, malah memastikan masalah-masalah diatas juga dikenalpasti sama. Antara ujian penyiasatan termasuk:


1)     “Upper GI Tract Contrast Series” (Barium)


2)     “pH study”


3)     “Multichannel Intraluminal Impedence” monitoring


(Untuk makluman umum, tidak semua pesakit diminta untuk menjalani penyiasatan ini, dan tidak semua hospital dilengkapi dengan ujian-ujian ini. )





(Kebiasaanya, bayi /pesakit menunjukkan respon yang baik dengan cadangan di atas, namun ada sesetengahnya masih perlu kepada rawatan lanjut).


Rawatan Ubat-ubatan termasuk:


1)     Anti-Reflux (AR) formula – formula susu bayi khusus untuk pesakit GORD


2)     Agen pengurangan asid perut – histamine-receptor antagonist & proton-pump inhibitor


3)     Agen prokinetik


Rawatan lanjut


1)     Pembedahan – Fundoplication


(Rawatan ubatan dan pembedahan adalah mengikut nasihat doktor, dan perlu kepada penilitian gejala pesakit, respon kepada rawatan tanpa ubatan, keterukkan (severity) penyakit dan banyak faktor lain, yang perlu kepada pemeriksaan dan penilaian teliti – di luar skop perbincanagan kita).


BILA PERLU RISAU?
Semasa beberapa bulan pertama bayi anda, muntah besar kemungkinan disebabkan masalah penyusuan seperti terlebih menyusu. Ini adalah normal. 

Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem pernafasan, saluran kencing atau telinga. 

Apabila anak anda semakin membesar, muntah mungkin adalah simptom penyakit yang lebih serius. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda jika tanda-tanda berikut ada pada bayi anda: 





  • Anda mungkin terlihat sedikit darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah bayi anda. Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus. 



  • Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya. 



  • Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak. Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera. 



  • Satu lagi keadaan yang memerlukan perhatian segera ialah muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah usia empat bulan. 



  • Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan buka sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini mudah diatasi dengan pembedahan kecil tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera. 





KESIMPULAN:

Secara kesimpulannya, majoriti bayi akan menunjukkan simtom “reflux” tanpa memberi kesan kepada kesihatan bayi (berat), namun ada segelintir tahap kesihatan (seperti berat badan & gangguan pernafasan) akan terjejas. Sila bawa anak berjumpa doktor / Pakar Pediatrik untuk pemeriksaan lanjut & rawatan tanpa ubatan boleh dimulakan tanpa membahayakan bayi. Doktor akan menilai secara klinikal untuk setiap kemungkinan, dan ada segelintir pesakit perlu kepada pemeriksaan lanjut, ujian susulan dan rawatan tambahan.


sumber :

1. Doktorbudak
2. http://www.gelmix.com/about-gelmix-thickener/
3. http://www.babycenter.com.my/a1029328/muntah-apa-yang-normal-dan-apa-yang-tidak-normal

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test