Selesai memasak, pasti anda terus masukkan lebihan sayuran atau makanan ke dalam peti ais. Jaga-jaga kerana tidak semua jenis makanan atau sayuran yang konon dianggap akan bertahan lama di tempat yang sejuk. Cuba elakkan membazir jika anda mula masuk dapur...
1. Bawang Merah
Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya anda simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.
2.
Tidak ramai yang tahu sebenarnya, biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam petis ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang kering dan sejuk.
3. Minyak Zaitun
Kesan paling ketara, anda akan dapati tesktur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais.
4. Daun Kemangi
Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan dalam peti ais. Lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar.
5.
Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya dalam peti ais.
6. Bawang Putih
Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk.
7.
Roti akan lebih cepat kering jika disimpan dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.
8.
Mahu buah avokado cepat masak? Kalau peram di dalam peti ais, itu salah. Ini hanya melambatkan proses matang buah avokado.
9.
Menyimpan kentang dalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan dalam bekas di luar peti.
10. Tomato
Letak tomato di dalam peti hanya buat tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk jaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja.
Sekarang anda sudah lebih tahu makanan apa yang cepat rosak jika disimpan di dalam peti, bukan? Jadi ternyata peti ais bukan tempat anda simpan semua baki makanan selepas dimasak, ok!
No comments:
Post a Comment