Keguguran adalah keadaan di mana kehamilan berakhir sebelum usia kandungan mencapai usia 22 minggu yang mana bayi tidak berupaya untuk hidup di dalam rahim. Menurut Dr Lilian George, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Klang Specialist Hospital, keguguran terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.
Sebanyak 10-20% daripada wanita hamil akan mengalami keguguran dan 80% keguguran ini akan berlaku pada trimester pertama iaitu sebelum 12 minggu. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. 50-70% daripada kes keguguran berlaku disebabkan isu kromosom dalam telur atau sperma. Keguguran juga kerap berlaku kerana masalah implantasi embrio pada dinding rahim akibat wujudnya fibroid dan polyp yang mengganggu ruang dalam rahim.
Keguguran berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang berpunca daripada pelbagai sebab dan keadaan seperti berikut:
1)
2) Ibu mengalami TEKANAN DARAH TINGGI
3) Wanita hamil yang berkahwin dengan ahli keluarga sendiri
4) Ibu hamil
5)
6) Jangkitan kuman seperti listeriosis dan taxoplasmosis yang menjejaskan kesihatan janin.
7) Jangkitan melalui hubungan seks seperti sifilis.
8) Ibu mempunyai masalah hormon seperti polycystic ovary.
9) Embrio tidak berkembang seperti sepatutnya tanpa sebab.
10) Kecacatan kromosom yang menghalang bayi daripada berkembang dan menyebabkan kehamilan terhenti pada peringkat embrio.
11) Kehamilan
12) Ibu
Lazimnya keguguran terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
1. Keguguran penuh ( complete miscarriage) di mana embrio atau janin yang gugur keluar sepenuhnya dari dalam rahim. Keadaan ini
2. Keguguran tidak penuh (incomplete miscarriage) pula apabila janin tidak keluar sepenuhnya dan D&C perlu dilakukan.
3. Missed miscarriage pula ialah apabila janin tidak berkembang dengan sempurna di mana kantung belum terisi. Keguguran jenis ini memerlukan proses D&C dilakukan.
4. Threatened miscarriage adalah keadaan apabila wanita hamil yang mengalami pendarahan minimum tanpa kesakitan pada perut dan janin masih hidup. Kebanyakannya pendarahan tersebut akan berhenti dan kandungan akan diteruskan seperti biasa sehingga cukup tempohnya.
Sebagai ibu baru, anda mungkin keliru tentang keguguran sama ada ia adalah pendarahan biasa semasa implantasi atau keguguran. Apa yang anda perlu lakukan ialah segera mendapatkan rawatan doktor jika mempunyai tanda-tanda berkenaan:
1- Pendarahan yang bermula dari sedikit dan kemudiannya berlangsung lama dan semakin banyak. Darah yang keluar adalah darah segar dan mengandungi gumpalan darah.
2- Kesakitan seperti senggugut dan rasa kejang di bahagian pinggul berulang-ulang.
3- Rasa nyeri pada bahagian bawah perut, alat kelamin dan pangkal paha dalam tempoh yang lama. Nyeri ini terjadi dalam beberapa jam hingga beberapa hari setelah muncul gejala pendarahan.
Rawatan
apabila mengalami simptom ini, anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Doktor akan membuat diagnosis melalui beberapa ujian yang bersesuaian dengan anda. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
i) Ujian darah untuk mengesan hormon hCG
ii)
iii)
Prosedur D&C dilakukan untuk mengeluarkan tisu yang tertinggal. Ibu akan diberikan bius dan prosedur ini hanya memakan masa sekitar hingga 10 minit. Dalam pada itu, ibu perlu tahu bahawa prosedur ini mempunyai risiko rahim tertembus dan infeksi pada rahim boleh berlaku.
Tisu yang tertinggal akan disedut menggunakan peralatan khas. Kebanyakan ibu sangat takut sedangkan ia cuma prosedur minor. Pada sesetengah wanita, sakit seakan-akan senggugut akan dirasai selama satu hingga 2 hari. Jangan khuatir kerana ubat penahan sakit akan diberikan jika perlu.
No comments:
Post a Comment