Awas Bila Kolik Menyerang!



Apa itu kolik?

Colic berasal daripada perkataan GREEK iaitu Kolikos yang bermaksud kolon ( organ yang terletak di dalam perut ). Berabad lamanya kita percaya bahawa kolik disebabkan oleh kesakitan atai ketidakselesaan di dalam perut bayi.


Umumnya kolik terjadi pada bayi berusia 5 bulan kebawah. Kolik sering terjadi pada waktu malam. Reaksi bayi yang mengalami kolik ialah MENANGIS tanpa henti, sukar ditenangkan walaupun sudah disusui dan didukung. Biasanya pada permulaan kolik, wajah akan kemerahan, mimik muka tampak menahan kesakitan diikuti dengan gerakan kaki ke arah perut. Kolik juga boleh menyebabkan bayi menangis berlarutan beberapa jam sepanjang malam dan sukar ditenangkan.





Simptom

Secara purata, kebanyakan bayi yang bukan kolik menangis selama 2 jam dalam sehari. Ikuti karakter dan kekerapan tangisan bayi kolik seperti berikut:
1) Simptom bermula seawal 3 minggu.
2) Sekurang-kurangnya 3 jam dalam sehari.
3) 3 hari dalam seminggu, selama 3 minggu berturut-turut dan selalunya akan berhenti selepas usia 3 bulan.

Teori Kolik

Penyebab kolik bayi belum diketahui secara tepat. Walaupun  begitu, ada beberapa teori yang menjadi alasan terjadinya kolik. Antaranya ialah sistem pencernaan yang belum sempurna, alahan terhadap protein susu formula, dikaitkan dengan terlalu banyak meminum susu formula dan ibu menyusu yang tidak jaga pemakanan.

Makanan pencetus kolik

Makanan-makanan ini antara yang mungkin menyebabkan perut bayi kembung:


Pencegahan kolik

Cegah selagi boleh. Tidak ada cara yang tepat untuk mencegah kolik. Biarpun begitu, tiada salahnya untuk anda mencuba meminimumkan penyebabnya. Misalnya, periksa posisi mulut bayi adalah betul semasa menyusu dan sendawakan dia setelah selesai menyusu.

Redakan kolik bayi

Jika bayi anda didapati mengalami kolik, ada beberapa cara untuk meredakan tangisannya. Yang pasti, jangan cepat putus asa! Jika gagal, cuba cara lain.

1) Dukung bayi dan sendawakan. Lakukannya dalam tempoh 5 MINIT.
2) Baringkan ke bawah dan tepuk bahagian belakang. Lakukannnya hingga 5 minit.
3) Gosok dengan memberi tekanan dan tepuk ketika dia berada di atas katil. Lakukan selama 5 minit.
4) Jika bayi mulai tidur, masukkan bayi dalam kain penggendong bayi (baby sling). Gosok dengan menekan dan menepuk pada bahagian belakangnya.


CARA DUKUNG:





Apabila anda berasa kecewa kerana bayi menangis secara berterusan dan tidak tahu apa yang  dilakukan, letakkan bayi di tempat tidurnya, lalu matikan lampu bilik. Dengan cara ini, anda dan bayi boleh berasa tenang. Yang penting, JANGAN PANIK. Kolik akan menghilang dalam beberapa minggu, dan tiada kesan jangka panjang terhadap kesihatannya. Malah , umumnya dikatakan bayi yan gkolik tetap punya nafsu makan yang baik serta kenaikan berat badannya normal.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test