Tips melembapkan bibir !

Hai !

Disebabkan bulan Disember adalah bukan kecantikan, there is a few tips yang kite nak share tentang Tips melembapkan bibir :

  1. Anda kena rajin menggunakan pelembab bibir agar bibir anda tidak kering dan merekah. Selalunya bibir akan cepat kering bila anda kekurangan minum air dan berada ditempat yang berpenghawa dingin , jadi pastikan anda sentiasa bawa pelembab bibir sewaktu anda keluar dari rumah.
  2. Selalu saya perhatikan ada dikalangan anda suka menjilat bibir (mungkin untuk menampakkan bibir itu lembab ) tapi perbuatan begitu adalah salah. Anda akan membuatkan bibir anda lebih kering dan menggelupas. Cepat-cepat sapu pelembab bibir jika anda terasa bibir anda kering.
  3.  Sekarang dah banyak terjual pelembab bibir dan gincu yang mengandungi SPF. Disarankan anda memakainya jika anda melakukan aktiviti dibawah terik matahari.
  4.  Sebelum tidur , buang gincu yang ada dibibir sebersih-bersihnya. Ambil kain lembut atau facial cotton yang basah dan sapu lembut bibir anda. Ini dapat menanggalkan sel mati yang ada dibibir anda. ( jangan gosok kuat-kuat nanti luka pulak )
  5.  Selepas itu anda bolehlah sapu bibir anda dengan pelembab atau serum untuk bibir yang anda boleh dapat dipasaran.
  6.  Anda juga boleh amalkan petua orang dulu-dulu dengan sapukan bibir anda dengan madu lebah untuk mendapatkan bibir yang lembab dan kemerah-merahan.
  7.  Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan dengan merendam uncang teh tersebut dalam air panas kemudian uncang tersebut dilekapkan pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit. Tips ini untuk meningkatkan kelembapan kulit bibir.
  8.  buah limau nipis (yang telah di belah 2) di sapukan berkali-kali di bibir atas dan bibir bawah anda. sapu dalam 2 atau 3 kali sehari. lepas dah sapu rata, baru la basuh bibir anda. confirm segar ! insyaallah bibir anda nampak segar dan merah sentiasa, tu pun kalau anda maintain amalkan benda alah tu sampai bila-bila la.

Walaupun kite ni bukanlah jenis suka bermekap apabila keluar berjalan-jalan , tapi jauh di sudut hati, keinginan untuk bermekap tu memang ada. Make up set idaman hati adalah.....

BOBBI BROWN !!




Teehee...

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test