1. Pilih Kasut Yang Betul : Pemilihan kasut adalah sangat penting untuk memastikan kelancaran larian anda. Pemilihan kasut yang bantu boleh mengurangkan kecederaan semasa larian. Secara asasnya
-How to choose running shoes
2. Rakan Untuk Latihan : Untuk larian yang baik, anda perlukan sekurang-kurangnya seorang rakan untuk berlatih bersama. Dalam erti kata lain, kita perlukan bantuan dari seorang yang boleh dipercayai untuk memberi semangat disamping melakukan latihan larian bersama.
3. Berlatih Dengan Menggunakan ‘Heart Rate Monitor’ : Anda boleh mengenalpasti kemampuan dan kelajuan anda dengan lebih tepat. Latihan anda akan lebih berkesan kerana anda boleh menguji kemampuan degupan jantung anda pada kadar yang berbeza. Menariknya juga anda boleh mengetahui jumlah kalori yang dibakar. Disamping itu perubahan degupan jantung juga boleh memberitahu anda samada anda tidak cukup rehat atau tidur dan mungkin juga berlakunya dehidrasi.
Jam heart rate monitor IDAMAN. |
Garmin VivoFit |
Polar Loop. Affordable price |
4. Lari Untuk Jangka Masa Panjang : Peruntukkan sekurang-kurangnya satu hari untuk berlari dalam tempoh masa yang agak panjang. Anda tidak perlu melakukan larian setiap hari. Larian yang terlalu kerap boleh mendedahkan anda kepada risiko berlakunya kecederaan. Kebanyakkan kecederaan berlaku kerana terlalu banyak berlari dan bukan kerana lari dengan laju.
5. Makanan Karbohidrat : Pastikan 60% dari diet harian anda dilengkapi karbohidrat. Anda perlu tahu bahawa karbohidrat tidak akan membuatkan anda gemuk malah merupakan sumber utama tenaga anda. Ramai yang berlari untuk tujuan penurunan berat badan tidak mengambil karbohidrat secukupnya.
6.
7. Latihan Interval : Anda boleh melakukannya dengan joging diselang seli kelajuan tinggi dengan mencecah 85% daripada kadar nadi maksimum selama 30 saat hingga 1 minit dengan diselangi oleh kelajuan perlahan atau rehat 1 minit hingga 2 minit. Agak mudah untuk dilakukan.
8. Rehat dan Tidur : Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Pastikan anda sentiasa mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Anda perlukannya untuk memastikan badan anda sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Terutamanya menjelang hari larian anda, pastikan anda dapat rehat dan tidur yang cukup. Kegagalan berbuat demikian mungkin akan mempengaruhi prestasi larian anda.
Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment