SET DIET ATKINS SHAKLEE

Apa itu Diet Atkins ?


 Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.


Kenapa Diet Low-Fat Kurang berjaya ?
 Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.




Bagaimana untuk melakukan Atkins Diet?
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

    1 )  Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
   2)  Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
   3)  Pre-maintenance
  4)   Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.



Makanan yang DI LARANG makan ketika INDUCTION :

  •     Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  •     Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  •     Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  •     Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  •     Minuman bergula, milo jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  •     Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  •     Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  •     Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  •     Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  •     SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  •     Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  •     Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  •     Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  •     Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
  •     Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang.

 Makanan Yang BOLEH dimakan semasa INDUCTION :
  •     Ayam(semua bahagian) – panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  •     Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. – telur dadar, rebus, goreng.
  •     Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  •     Daging(semua bahagian) – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  •     Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  •     Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  •     Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  •     Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang…(pastikan burger rendah karbohitrat)
  •     Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  •     Rumpai laut.
  •     Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  •     Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  •     Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  •     Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula).


    Secara amnya Piramid makanan Atkins.
Kesimpulannya, makanan yang tidak boleh di makan semasa induction ialah:




Contoh Menu Induction :

Sumber : Google




Peringatan: Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)





Kite pernah buat diet atkins ni. Fasa 3. Tak Larat sangat. Penat. So, cadangan kite. Kalau tak larat, tapi masih mahu lakukan diet atkins, bolehlah ambil multivitamin.

Kite cadangkan :
 
Apa maksud Leucine?
Leucine adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ini ialah, ia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita bersenam dan buat kerja berat. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

 Bagaimana Leucine Berfungsi ?
Leucine membantu badan anda mengekalkan jisim otot semasa anda mengurangkan berat badan dari  lemak. Berpegang kepada jisim otot anda semasa anda kehilangan berat badan juga membantu melindungi anda daripada penurunan dalam kadar metabolik yang biasanya berlaku dengan kebanyakan makanan. Dan mengekalkan kadar metabolik anda daripada menjatuhkan boleh membantu anda memecahkan kitaran diet kekal.

 Berapa Banyak Kena Ambil ?
Menurut pakar, berapa banyak kena ambil menjadi pendebatan. Dalam satu kajian, pengambilan Leucine dalam 2.5 gram sudah cukup untuk membantu sintesis protein. Dalam kajian pula, ada yang mencadangkan pengambilan Leucine dalam 8 gram sehari, dimana 2.5 gram diperuntukkan untuk setiap hidangan dalam satu hari.





Sedikit FAKTA tentang DIET ATKINS dari pandangan seorang Doktor :
Walaupun anda diet atkins, exercise tetap perlu untuk penurunan berat badan secara SIHAT !



Berminat ?

WhatssApp

Lydia Rahayu
013-2999408

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test