Google : http://galleryhip.com |
MENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak.
Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan.
Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak.
Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka.
Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak.
Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa.
Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes bagi 1,000 kelahiran. Dalam budaya kita, wanita dalam pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga.
Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan risiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.
Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku apabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat.
Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.
Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor Hamidah, ia juga dipengaruhi daya ketahanan mental seseorang. Bagi yang ‘tahan lasak’ dan reda dengan takdir serta menganggap setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki, risiko mengalami masalah ini jauh lebih rendah.
Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:
1) Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia).
2) Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan).
3) Pertambahan tanggungjawab.
4) Tekanan.
5) Kurang sokongan keluarga.
6) Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan.
7) Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak.
8) Melahirkan anak yang tidak dikehendaki.
9) Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya).
Bagaimana hendak mengenali jika isteri atau ahli keluarga mengalami masalah ini?
Antara simptom meroyan ialah:
1) Terlalu lesu.
2) Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
3) Tidak boleh tidur malam (insomnia).
4) Sedih keterlaluan
5) Menangis tanpa sebab.
6) Resah gelisah
7) Berasa diri tidak berharga
8) Sentiasa berasa bersalah
9) Emosi mudah terganggu
10) Hilang selera
11) Tidak boleh menumpukan perhatian.
Bagi kes lebih serius yang dipanggil postpartum psikosis, wanita mungkin:
1) Hilang pertimbangan
2) Berasa benci kepada anak
3) Mengalami delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar seperti menganggap diri sebagai orang terkenal)
4) Mengalami halusinasi (mendengar suara ghaib)
5) Terlintas mahu membunuh diri
Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?
Yang penting untuk diingati tentang meroyan atau kemurungan posnatum ialah dengan bantuan yang sesuai, anda akan pulih. Ia boleh dirawat dengan:
Terapi berbual
Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah orang utama yang boleh membantu.
Doktor anda boleh merujukkan anda kepada satu kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Jika meroyan atau kemurungan posnatum anda itu jenis yang teruk, anda mungkin dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri.
Antidepresi
Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan. Pada mula-mulanya pil-pil pertama itu tidak menunjukkan sebarang perbezaan, tetapi selepas 10 hari hingga dua minggu, anda akan merasa lebih sembuh.
Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
fluoxetine (Prozac);
sertraline (Lustral);
paroxetine (Seroxat);
Ada kalanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Ia mungkin mendatangkan kesan sampingan dan kadangkala bagi beberapa orang, ada berlaku dependensi, walaupun ini kurang berlaku dengan antidepresi yang terbaru.
Ia kadangkala memasuki susu ibu, walaupun jumlahnya amat sedikit.
Paroxetine dan sertraline lebih kerap digunakan daripada fluoxetine untuk ibu yang menyusu badan. Bagi ubat-ubat ini, lebih sedikit yang masuk ke dalam susu ibu. Jika bayi anda kelihatan meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, beritahulah doktor anda.
Ramai ibu yang mengambil antidepresi juga menyusu badan sebab ianya menambahkan keyakinan diri mereka dan memperkuatkan ikatan dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi meroyan atau kemurungan posnatum.
Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, bercakaplah dengan doktor anda untuk memahami dengan jelas risiko-risiko yang ada dan manfaat yang boleh diperolehi. Anda kemudian boleh membuat keputusan yang berasaskan maklumat tentang apakah pilihan yang paling selamat bagi anda dan bayi anda. Beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan disebabkan antidepresi dan ikutilah nasihatnya sebelum anda berhenti mengambilnya.
Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?
Cuba dapatkan banyak rehat
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja.
Makan makanan yang sihat dan seimbang
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.
Buat senaman ringan
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini.
Bergaul dengan ibu-ibu lain
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah tip-tip ibu-ibu dan bapa-bapa kami tentang cara-cara untuk berjumpa ibu-ibu baru lain.
( Apa lagi...Facebook kan ado ! )
Bersikap baiklah terhadap diri sendiri
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.
Bagaimanakah suami, rakan-rakan dan keluarga boleh membantu?
Kadangkala adalah sukar bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan bahagian yang besar dalam memberi sokongan kepada anda. Beritahu mereka apa yang anda sedang alami. Berikan mereka informasi yang ada pada anda tentang meroyan atau kemurungan posnatum. Ini akan menolong mereka membantu anda.
Suami anda pun mungkin mengalami kemurungan, jadi, memahami bagaimana dia boleh membantu anda akan membantu dia memulihkan diri juga.
Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang menyayangi anda.
Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi anda. Menolong menjaga bayi anda untuk satu jam pun, supaya anda boleh bersama-sama suami, akan membantu menyegarkan anda. Anda boleh meminta orang-orang tersayang membaca artikel kami tentang bagaimana menolong seorang yang menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum.
Bolehkah saya mengelakkan daripada meroyan atau kemurungan posnatum?
Saya pun tidak tahu. Setengah doktor berpendapat bahawa jika anda mendapatkan suntikan hormon progesteron secara teratur selepas melahirkan, risiko meroyan atau kemurungan posnatum akan berkurangan. Bukti untuk ini tidaklah kuat, tetapi anda mungkin mahu mencubanya jika anda mempunyai sejarah kemurungan atau meroyan. Minta informasi lanjut daripada doktor anda.
Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan konfiden anda akan rasakan apabila sudah mendapat bayi anda.
Pengalaman saya sendiri ketika sedang berpantang anak pertama, badan letih sangat ! Plus luka jahitan sebulan baru cepat baik ( Saya bersalin normal). Dan saya mengalami masalah sembelit 2 minggu pertama selepas bersalin. AllahuAkbar.... nak berak pun menangis. Jadi, bila dah masuk anak no 2 ni, saya dah sedikit pengalaman. Sedikit research tentang apa supplement yang boleh membantu menambah tenaga saya ketika di dalam pantang. Saya juga research tentang ubat-ubat herba yang sesuai semasa dalam pantang. Namun satu pun saya tak ambil. Takut pisang berbuah 2 kali ! Mase ambil jamu bersalin anak pertama dulu, anak saya meraung menangis semalaman. Kemungkinan panas barangkali badannya. JAMU/HERBA memang tak serasi dengan saya semasa berpantang (YEAY !) . Lagipun, saya Breastfeeding anak saya.
Nah, saya nak share supplement yang saya ambil semasa sedang berpantang :
Set Asas Berpantang Versiku. |
Set Premium Berpantang :
Berminat ?
WhatssApp
Lydia Rahayu
013-2999408
Kredit to :
1) http://www.edaransalindah.com
2)http://www.babycenter.com
No comments:
Post a Comment