Tips-tips menangani anak-anak yang tak mahu ke sekolah




So far, hari ni dah hari ketiga Adam bersekolah... Mase hantar ke sekolah masih menangis..
Masa ambil pun nangis..

Tapi hari ni miracle!

Tak nangis mase balik sekolah...

satu peningkatan..hehehe


Kite nak share pasal Tips-tips menangani anak-anak yang tak mahu ke sekolah :

1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya..

2.  Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.

3. Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.

4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.

5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.

6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

Mungkin juga dia tidak suka pakaian sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas contohnya. Oleh itu belikan mereka pakaian dan tudung yang selesa dipakai. Pihak TSC ada menyediakan tudung yang sangat selesa untuk anak anda. Sila check sini

7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.

Penutup

Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.

Semoga bermanfaat =)




Berminat untuk memberi supplemen Shaklee untuk anak-anak syurga anda?


WhatssApp


Lydia Rahayu
013-2999408

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test