Adakah Pengambilan Vitamin B Complex Menggemukkan ?
Penurunan berat badan berlaku apabila anda mengambil lebih banyak kalori daripada kalori yang sepatutnya ambil . Penurunan berat badan melibatkan kombinasi diet yang seimbang dan senaman yang kerap setiap hari . Vitamin B kompleks membantu unlocked tenaaga yang tersimpandi dalam karbohidrat , lemak dan protein untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap tenaga semasa bersenam/workout . Oleh itu , dengan mengambil vitamin B semata-mata tidak akan membantu anda menurunkan berat badan . Anda harus memberi tumpuan dengan mengekalkan diet yang sihat dan senaman yang kerap dan bukannya mengambil jumlah B kompleks yang berlebihan . Ambil Kuantiti mengikut dos yang sudah di tetapkan.
Sumber : http://www.livestrong.com/article/410211-does-vitamin-b-complex-help-you-lose-weight/
Kandungan Vitamin B Complex Shaklee:
Vitamin Kumpulan B :
1. Thiamin
- Membantu menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam badan
- Memainkan peranan penting dalam fungsi sistem saraf
2. Riboflavin
- Memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga
3. Niasin
- Ia diperlukan oleh badan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan alkohol untuk menghasilkan tenaga
- Ia sukar hilang ketika proses memasak, berbanding dengan kebanyakan Vitamin B yang lain.
4. Biotin
- Ia diperlukan untuk proses metabolisme tenaga, metabolisme asid amino, sintesis lemak dan glikogen
5. Pyridoxine
- Ia diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat
6. Folate
- Ia diperlukan dalam pembentukan sel darah merah
7. Cyanocobalamin
- Ia diperlukan dalam proses pemecahan asid lemak dan asid amino bagi tujuan menghasilkan tenaga.
Jenis-Jenis Vitamin B
1. Vitamin B-1 (Thiamine)
Vitamin B-1 diperlukan untuk metabolisme yang sempurna bagi kanji dan gula, dengan tujuan untuk menghasil tenaga pada tubuh. B-1 membantu keberkesanan kesihatan sistem saraf. B-1 juga turut membantu jantung dan otot-otot lain untuk berfungsi dengan baik. Tahap tekanan yang tinggi, boleh meningkatkan keperluan bagi B-1. Sumber-sumber makanan bagi Vitamin B-1 adalah seperti, gandum bran, kacang soya, daging dan sirap pekat. Pengambilan alkohol, boleh menghalang penyerapan berkesan B-1. B-1 bertindak dengan lebih kesan dengan kehadiran, B-2, B-Complex, Niasin, Vitamin C, asid folik, mangan dan Vitamin E.
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B2 membantu fungsi tiroid dengan betul dan menjaga metabolisme anda. Vitamin B2 adalah penting untuk metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. B2 juga perlu untuk membaiki kulit, rambut serta kuku. Kekurangan Vitamin B2 boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malahan, B2 juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Orang yang melakukan senaman setiap hari sebenarnya, kehilangan B2, kerana mereka memerlukannya sebagai bekalan semasa bersenam. Sumber makanan untuk B2 adalah seperti susu, keju, telur, badam, bijirin dan sayur-sayuran.
3. Vitamin B3 (Niasin)
Vitamin B3 membantu dalam pengeluaran hormon tiroid. Sumber makanan yang dipercayai bagi Vitamin B3 adalah seperti tuna, ayam belanda, ayam, dedak gandum, telur, daging, keju, oat, buah-buahan kering dan beras perang.
4. Vitamin B5 (Asid Pantotenik)
Vitamin B5 merupakan asas kepada penghasilan tenaga di dalam badan. Oleh kerana tenaga diperlukan untuk membuat senaman, jadi Vitamin B5 memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan. Sumber makanan yang dipercayai adalah seperti, daging, ayam, telur, kekacang, gandum bran, roti bijirin dan sayuran hijau. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan vitamin B5.
5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
Vitamin B6 memainkan peranan penting dalam metabolisme lemak, terutamanya asid lemak tidak tepu. Vitamin B-6 membantu dalam peraturan dan pengeluaran tiroid. B6 juga turut memastikan sistem metabolisme berfungsi dengan betul. Vitamin B6 membantu dalam pengeluaran asid hidroklorik dan untuk metabolisme, asid amino yang banyak adalah perlu. Sumber makanan bagi vitamin B6 adalah seperti bijirin, ayam, pisang, daging, telur, avokado, buah-buahan kering dan sirap pekat.
6. Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Vitamin B12 terlibat dalam metabolisme bagi hampir setiap sel di dalam badan. Maklumat khusus bagi Vitamin B12 ini agak sukar di cari, namun begitu, yang paling ketara adalah, B12 boleh mempengaruhi dalam sintesis DNA. Malahan, ia juga memberi kesan kepada sintesis asid lemak dan penghasilan tenaga. B12 adalah perlu dalam pencernaan, sistesis protein, penyerapan makanan, dan metabolisme lemak dan karbohidrat. Terdapat banyak jenis makanan tambahan yang membantu dalam kekurangan vitamin B12. Sumber makanan bagi vitamin B12 adalah seperti daging, ikan dan telur.
Sumber : http://www.vitaminsuci.com/
Berminat untuk dapatkan Vitamin B Complex Shaklee ?
WhatssApp
Lydia Rahayu
013-2999408
No comments:
Post a Comment