Berada di luar rumah banyak mengundang risiko jangkitan bakteria kan? Tambah bimbang bila kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. kerana secara logiknya kita hanya dapat melihat sesuatu yang kotor apabila ia jelas di mata.
Tapi bagaimana mahu mengetahui tempat yang menjadi pembiakan bakteria? Mana tahu ia termasuk dalam tempat kegemaran anda ke kan? Jadi cuba perhatikan sekeliling anda untuk terus sihat dan bersih.
Jom semak 6 lokasi RAHSIA bakteria tersembunyi di bawah:
SENARAI MENU
Biasanya, saya kalau makan di luar mesti ada akan melihat senarai menu atau order sheet di atas meja sebelum memesan makanan. Bayangkan , sebuah restoran dikujungi oleh beratus-ratus pelanggan setiap hari. Jadi, untuk mencegah penyebaran bakteria, pastikan kertas senarai menu itu tidak terkena piring, sudu atau garpu yang mahu anda gunakan. Paling penting, cucilah tangan selepas anda memesan makanan. Bila ada anak-anak, mesti mak-mak yang kena suap makan, kan?
Kalau saya, habit kalau pegang menu, saya akan lap dulu menu dengan tisu atau tisu basah.
BOTOL ISIAN SEMULA
Sesetengah restoran , pihak pengurusannya lebih suka memilih penggunaan botol sos yang diisi semula berbanding dengan botol yang sekali sahaja digunakan. Adakah anda tahu, botol sos isi semula ini boleh membahayakan kesihatan atau mungkin perlu diberseihkan setiap hari jika mahu menjamin kebersihannya. Journal of Medical Virology
HIRISAN BUAH
Hirisan buah termasuk lemon pada tepi bahagian gelas kelihatan cantik dan sebagai perhiasan. Namun ia ternyata boleh membahayakan kesihatan kerana boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Ia termasuklah bakteria E.Coli yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Jadi, pastikan pelayan resoran tidak meletakkan hirisan buah pada bahagian gelas minuman anda. Journal of Environmental Health
BEKAS SABUN
Tahu tak, lebbih kurang 25% bekas sabun atau pencuci dalam tandas awam terdapat bakteria berbahaya. Walaupun sabun digunakan untuk menghilangkan bakteria atau kuman, tidak mustahil ia juga menjadi penyebarnya. Justeru itu, anda boleh menggunakan tisu semasa menekan botol sabun agar tidak berlaku sentuhan dengan kulit tangan anda.
Bukan apa, kebanyakan bekas atau botol plastik sabun tidak pernah dibersihkan. Jadi, bekteria cepat membiak pada permukaan botol . Saya, kalau tengok botol sabun tu berlendir, memang tekan pemicit sabun tu hujung kuku sahaja. GELI! Kalau tandas awam di Rnr, boleh tahan lagi bersih.
TROLI PASARAYA
Berapa ramai kat sini kalau sebelum guna troli akan lap pemegang troli guna tisu?
TOMBOL PINTU TANDAS AWAM.
Di sini juga terdapatnya jutaan bakteria membiak. Anda boleh biasakan membawa tisu basah atau hand sanitizer bersama anda.
Jadi, dah tahu apa yang anda perlu buat? Sebab itulah beg mak-mak /perempuan ni berat, kan?
http://www.youbabyandi.com/moms-handbag-essentials/ |
Kandungan isi bag mak-mak lebih kurang beginilah kan? As for me,
No comments:
Post a Comment