Kenapa Obesiti dikatakan Punca Sukar Hamil?



Sebelum ini, saya selalu dengar yang salah satu punca sukar hamil adalah disebabkan obesiti . Tapi tidak pula tahu kenapa. Setelah terbaca artikel tentang punca sukar hamil, barulah saya faham mengapa ia terjadi.

Fahami kenapa Obesiti jejas kesukaran untuk hamil:

Sebelum itu, saya sarankan fahami dulu apa itu ovulasi:
Apakah itu ovulasi?


  • Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda



  • Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim)



  • Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak. 






1) Tisu adipos (tisu lemak) salah satu organ endokrin (penghasilan hormon) yang aktif. Ketidakseimbangan fungsi organ endokrin di kalangan wanita obes ini akan menyebabkan kerintangan kepada hormon insulin dan penambahan hormon endrogen ( hormon seksual lelaki ).

2) Perubahan ini akan merencatkan proses ovulasi ( Pelepasan telur dari ovari ) yang akhirnya membuat wanita tidak subur.

3) Kebanyakan wanita turut mengalami masalah haid tidak teratur, tidak datang haid dalam masa yang panjang atau  haid yang terlalu sedikit.

4) Adakalanya haid terlalu kerap atau berpanjangan hingga menyebabkan anemia (kurang darah)

5) Selain menyebabkan perencatan proses perkembangan , kematangan dan perlepasan telur (ovulasi), obesiti juga dipercayai memberi kesan negatif  kepada kualiti telur dan penerimaan dinding rahim.


KEHAMILAN RISIKO TINGGI WANITA OBES

- Kehamilan bagi wanita obes biasanya dikaitkan dengan risiko yang lebih daripada biasa. Di peringkat awal kehamilan, risiko keguguran dianggarkan sekitar 16% di kalangan wanita obes berbanding 10 peratus bagi wanita dengan BMI normal.

- Ibu mengandung mahupun obesiti perlu untuk menjalani ujian gula dalam darah untuk memastikan status masing-masing. Biasanya ujian ini dijalankan sekali atau 2 kali sepanjang tempoh kehamilan.

- Wanita yang menghidapi GDM atau pregestational diabetes memerlukan pemeriksaan gula darah dan pemeriksaan kehamilan yang lebih kerap bagi memastikan bacaan gula darah terkawal.

- Pengawalan gula yang bagus boleh mengurangkan kemungkinan ; mendapat saiz bayi yang lebih besar, air ketuban berlebihan, jangkitan faraj mahupun saluran kencing, kelahiran pramatang dan kesukaran bersalin.

- Tempoh peringkat awal kelahiran bagi ibu hamil yang obes dianggarkan lebih panjang. Prosedur induksi kelahiran dilihat lebih kerap dijalankan untuk ibu hamil yang obes.

- Risiko kelahiran secara pembedahan mencecah 7% berbanding ibu dengan berat badan yang normal.



CARA YANG BOLEH DILAKUKAN WANITA OBES MERANCANG UNTUK HAMIL:

1) Penurunan berat badan sememangnya rawatan utama. Selain meningkatkan kesuburan secara semulajadi.
2) Pemakanan yang sihat; bukan bermaksud mengelak makan tetapi menjaga kualiti makanan.
3) Bersenam setiap hari, untuk meningkatkan kadar pembakaran lemak di samping mula membina otot-otot yang akan terus kekal meningkatkan kadar metabolik badan walaupun semasa rehat.
4) Penggunaan ubat untuk menurunkan berat badan, turut serta dalam program pelangsingan badan.


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test