Madu sangat sesuai dijadikan skrub kerana ia dapat menanggalkan sel-sel kulit mati di samping memberi kelembapan kepada wajah.
Kajian saintifik turut membuktikan kemampuannya dalam mencegah pelbagai penyakit seperti alergi, batuk, kanser dan diabetes jika diamalkan berterusan.
Ini kerana madu mengandungi pelbagai nutrisi yang baik antaranya kalsium, besi, magnesium, fosfor, kalium, natrium, zink, vitamin C, Vitamin B2,B3,B5,B6 dan B9.
Jangan tak tahu, madu juga berfaedah tau untuk kecantikan wanita!
Manfaat madu dalam kecantikan
1)
Enzim di dalam madu bertindak sebagai antiseptik lembut yang boleh membersihkan tanpa menyebabkan iritasi kulit wajah.
2) Melembapkan kulit wajah dan bibir
Cecair yang dihasilkan lebah ini mengandungi banyak vitamin, mineral dan anti-oksidan khususnya vitamin B5 yang mengatur produksi minyak pada kulit dan melembapkan kulit kering.
3) Mengatasi masalah bibir hitam
http://www.facetofeet.com/skincare/1052/diy-lip-balm-stroberi-untuk-mencerahkan-bibir-hitam |
Madu berkebolehan menanggalkan sel-sel kulit mati dan merangsang pembentukan sel-sel kulit baru yang akan mengembalikan rona kemerahan pada bibir.
4) Mengubati jerawat dan parut jerawat.
Antioksidan dan antiseptik yang terkandung di dalam madu mampu membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Ia juga bersifat anti inflamasi yang mengurangkan kemerahan dan iritasi akibat jerawat.
5)
Selain berkebolehan menanggalkan sel-sel kulit mati, penawar semulajadi ini melindungi kulit dari sinaran UV yang menyebabkan banyak masalah kulit. Vitamin C yang terkandung di dalamnya juga memainkan peranan dalam pencerahan kulit.
6)
Sumber alam ini memiliki antioksidan yang bermanfaat untuk menghalang serangan radikal bebas sekaligus melambatkan proses penuaan kulit.
Cara Penggunaan madu dalam penjagaan kecantikan:
1)
Madu dan air suam membeeri kesan detoksifikasi pada tubuh. Ia membantu membuang toksin dari dalam tubuh selain meningkatkan metabolisme anda. Memiliki tubuh badan yang sihat juga penting untuk kelihatan cantik. Caranya amat mudah, minum air suam yang dicampurkan madu (boleh ditambah jus lemon jika mahu) setiap hari ketika perut masih kosong. Sebaik-baiknya waktu pagi.
2)
Madu sangat sesuai dijadikan skrub kerana dapat menanggalkan sel-sel kulit mati di samping memberi kelembapan kepada wajah. Untuk kesan yang lebih mujawab, campurkan bersama garam laut atau gula. Lakukan hanya dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja sekali atau 2 kai seminggu. Kemudian
3)
Cecair likat ini telah terbukti sebagai pencuci muka yang efektif. Boleh digunakan begitu sahaja atau dicampurkan bersama susu dan air mawar, kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan terasa lebih lembap dan segar.
4) Masker
Pelbagai jenis masker dapat dihasilkan dengan madu untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kulit:
No comments:
Post a Comment