Bedung ni, Perlu atau Tidak Sebenarnya?


Teringat masa bersalinkan anak pertama. Satu habuk pun tak tahu macam mana nak handle baby. Haih. Totally zero. Bila tengok anak kena bedung, rasa macam kita pulak lemas. Padahal baby tu ok je tidur. =D

Apa itu bedung?

  • Membedung bererti "membungkus" menggunakan kain bedung.



  • Bedung dapat memberikan rasa hangat seperti di dalam rahim ibu. Ia juga rasa tenang ketika bayi mendapat     rangsangan yang berlebihan dari luar.



  • Membedung dilakukan dengan cara membungkus badan bayi dengan posisi tangan dan kaki lurus ke bawah.



  • Bagi mencegah bayi menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutamanya jika tidak dipakaikan sarung tangan, bedung memang sangat membantu!



  • Masalah kerap terkejut sering terjadi secara refleks terutama pada bulan pertama setelah kelahiran dapat dielakkan apabila bayi dibedung. Selalu mummy pernah ternampak situasi ini kan? 



  • Di cadangkan supaya tidak membedung bayi setelah dia berumur 3 atau 4 bulan ke atas. Ini kerana dia sudah mula belajar meneroka sekelilingnya.



  • Waktu sesuai untuk memakai bedung ini ialah ketika baru lahir, pulang ke rumah dari hospital, ketika malam yang dingin, sesudah mandi pagi, di dalam bilik berhawa dingin dan semasa membawa bayi mendapatkan suntikan imunisasi.



Waktu bila tidak perlu untuk tidak menggunakan bedung lagi?
1) Cuaca atau musim yang panas.
2) Ruam merah di bahagian badan bayi terutamanya di leher dan tengkuk.
3) Bayi menangis akibat tidak selesa.
4) Bayi demam. Jangan sesekali membedung kerana boleh menyebabkan suhu badan bayi meningkat.


Apa Manfaat bedung?













Cara Bedung:

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test