Fungsi Acid Folic : SET KESUBURAN PREMIUM WANITA

Throwback..
2011..
#Expecting
#30Weeks




Saje nak share cerita..
member kite dulu ,
hari first day kahwin jeterus consume B complex..
huhuhuh... kite mase tu, tak tau pun kenapa die buat camtu..
pastu bile lepas die beranak,
baru tau, rupanya Vitamin B complex tu untuk mempersiapkan dia supaya mudah pregnant..sebab dalam Vitamin B complex tu dah ade acid folic dalam tu sesiap..
huhuhuhuhu...


Apa itu Acid Folic?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas. 

Nak tau apa fungsi folic acid ?

FUNGSI

  • Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".




  • Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  




  • Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.



  • Beberapa kajian menunjukkan supplemen folic acid akan mengurangkan masalah bayi yang di lahirkan dengan kecacatan saraf seperti Spina Bifida dan Neural tube defect.



  • Begitu juga terdapat beberapa kajian menunjukkan pengambilan folic acid ketika hamil, boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapatkan anak yang mempunyai masalah seperti bibir & lelangit bercelah ( lip & palate), kecacatan jantung ( congenital heart desease) dan risiko lahir pramatang.



  • PEngambilan acid folic digalakkan ketika mula-mula disahkan hamil kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahem berkembang dengan cepat. 



  • Apabila melebihi 13 minggu, pengambilan folic acid boleh di hentikan. Namun tidaklah memudharatkan jika pengambilannya di teruskan.



  • Dos yang perlu di ambil bagi wanita biasa ialah 400microgram ( 0.4mg) sehari. Bagi wanita yang hamil pula, dosnya adalah 600-800micrograms.

Rujuk : health professionals Recommendation, Folic Acid, NCBDDD, CDC Centre for Disesase Control and Prevention, US.


  • Walaubagaimanapun, Dos yagn diberikan boleh di tingkatkan bergantung kepada penilaian doktor yang merawat terutama jika wanita hamil mempunyai risiko yang tinggi iaitu :

1. mengalami masalah kecacatan pada bayi yang lepas
2. Suami atau wanita itu mengalami masalah NTD
3. Wanita itu mengambil ubat sawan ( epilepsy)
4. Wanita itu mempunyai penyakit ceoliac disesase, sickle cell anemia atau thalassaemia.


  • Sekurang-kurangnya wanita hamil HARUS mengambil makanan yang di tambah dengan folic acid atau makanan yang kaya dengan folate bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat kecacatan.


KEKURANGAN
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

  1. Sakit disekeliling mulut.
  2. Sakit lidah.
  3. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  4. Anemia.





SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?

Hati ayam
Daging, ayam, telur
Kekacang
Beras perang, barli, oat
Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. 


sumber:
1. http://drzubaidi.com.
2. http://moodpro.tripod.com/infoubat/folacid.htm

Jangan malu-malu,
Jangan segan-segan..
WhatsApp Lydia Rahayu
untuk info lanjut (>_<)

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test