Apa sebenarnya Kolestrol?
Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.
Kiranya kalau takde pun tak boleh jugak.
Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.
Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.
Ada berapa Jenis Kolestrol?
Kat dalam badan kite ni, ade 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol.
Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).
LDL ni glamour jugak kerana dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.
HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.
Jadi sebab tu la tadi dikatakan kolestrol ni penting juga. Bukan semuanya kita kene buang ye.
Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.
Apa fungsi Kolestrol?
Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:
1) Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
2) Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
3) Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
4) Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
5) Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
6) Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
7) Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
8) Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.
Apakah tahap normal Kolestrol?
- Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.
- Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?
- Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.
- Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
1. Strok
2. Serangan jantung
3. Penyempitan arteri
4. Darah tidak mengalir dengan baik
Bagaimana cara mengawal paras Kolestrol?
Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.
1. MENGAWAL DIET– Sebenarnya, makanan sebenar yang mengadungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita megambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti.
2. PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL – Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi . Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya.
3. MENURUNKAN BERAT BADAN - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menhadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.
4. MENJAUHI ROKOK DAN ALKOHOL - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak bagus utk kesihatan dan haram disisi agama Islam.
Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?
Sekiranya anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.
Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen yang mempunyai mempunyai tidak balas dengan ubat yang anda ambil.
Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol tanpa ubat atau secara semulajadi, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.
Pengambilan konsisten supplement Shaklee dan mengamalkan tips yang disebutkan akan membantu anda.
Set Kawal Kolestrol :-
1. CoQ Health
2. Omega Guard
3. Phytocol-ST :
Berminat untuk menggunakan supplemen SHAKLEE?
Hubungi
Lydia
013-2999408
(WhatssApp/SMS)
Kredit to : http://superbvitamin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment