Cara Jadi Ibu Bapa Positif.





Ibu bapa adalah orang yang paling dipercayai oleh anak-anak. Anda orang pertama yang mereka kenal dan contohi. Oleh itu mulakan didikan positif untuk menjadikan mereka anak yang genius dunia dan akhirat.

1.       Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik

Nama yang baik adalah satu doa kepada mereka. Oleh itu pilihlah nama yang mempunyai makna baik dan panggillah anak-anak dengan nama sebenar mereka bukan nama gelaran yang kadang kala membawa maksud buruk kepada si anak. 

#Nenek saya pernah kata, cucu-cucu dia yang diberi gelaran semuanya "berjaya" & "menjadik". Wallahua'lam. Itu semua kebetulan. Kita bukan boleh sentiasa mempercayai amalan nenek moyang. 

2.       Peluklah anak sentiasa

Kajian mendapati anak-anak yang sering dipeluk dan dicium oleh ibu bapa sejak kecil akan membesar sebagai anak-anak yang positif dan kaya dengan kasih sayang. Bahkan IQ mereka juga lebih baik berbanding dengan anak yang jarang dipeluk.

#Bab yang ini, memang tak perlu disuruh memang saya suka memeluk anak-anak. Dalam kereta, semasa memakaikan baju, bangun tidur dan di mana-mana sahaja. Dapat pahala kot!

3.       Jangan didik anak dengan kemewahan



Walaupun anda mampu memberikan kemewahan kepada anak-anak tetapi jangan biasakan mereka membesar dengan segala macam barangan atau percutian mewah. Anak-anak mesti diajar menjadi orang yang pandai menghargai. Jika mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan, bimbang si anak akan membesar sebagai seorang yang terlalu manja.

#Tentang kemewahan pula, encik suami selalu berpesan supaya jika anak mahukan sesuatu, "he has to achieve something". Contohnya, jika mahukan playdoh,mereka harus tolong cuci kereta.Tapi tidaklah selalu begitu. Jika kami tidak mampu, kami akan distract mereka dengan membawa mereka berjalan-jalan / berkelah/ trekking di kawasan berdekatan kawasan rumah untuk mengelakkan mereka berasa kecewa. Apa pun, kami akan selalu explain yang kita tidak boleh selalu membeli. Kena simpan duit . Ibu saya juga menggalakkan supaya tidak bermewah-mewah untuk anak-anak. Tapi kalau nenek die nak belikan takpe. eh?? Hehe

4.       Kurangkan gajet

Biarpun dunia masa kini tidak boleh lari dengan teknologi gajet tetapi janganlah mendidik anak anda keterlaluan bermain gajet. Usia kecil bukanlah masa terbaik untuk mereka meneroka teknologi gajet. Gajet hanya memberikan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada anak-anak kecil.

#Pengalaman sendiri mengurangkan gajet kepada anak-anak, memang mencabar sangat zaman sekarang. Ada banyak senarai aktiviti yang tidak melibatkan gajet yang kita boleh distract anak-anak dari bermain gajet. Tapi tahukah anda sebenarnya banyak permainan yang tidak melibatkan gajet , melibatkan ibu/bapa sekali untuk menyertai mereka bermain? Contohnya apabila mereka bermain di taman permainan kita (ibu & bapa) perlu monitor setiap saat supaya kejadian buruk yang tidak diingini berlaku. Saya tidak pasti ibu bapa lain, tapi anak-anak saya walaupun bermain lego sesama mereka, mereka tetap akan panggil saya/ encik suami untuk kami lihat apa yang mereka buat/bina. Pendek kata, semua aktiviti yang mereka lakukan , mereka mahukan kita (ibu/bapa) terlibat sama. Mencabar kan? 

5.       Pandang anak dengan pandangan kasih sayang

Pandangan ini akan membuatkan anak lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan persekitaran. Pandangan tersebut membuatkan anak rapat dan lebih mesra dengan ibu bapa. Bagaimanapun jika mereka melakukan kesalahan, kita masih perlu marah akan perbuatan mereka itu.

#Sebagai manusia biasa, saya juga kadang-kadang terlepas marah kepada anak tanpa menjelaskan apa yang mereka buat itu salah. Tapi, saya akan bercakap semula dengan mereka tentang kesalahan yang mereka buat apabila kemarahan saya reda. Supaya mereka faham kenapa saya marah dan akibat perbuatan mereka kepada orang lain. Suami antara orang yang paling sabar melayan kerenah anak. Iyelah, kita ni mengemas,memasak kadang-kadang tak sempat nak ke toilet pun. Jadi, saya selalu juga minta Encik suami tegurkan anak-anak jika berlaku kesilapan . Encik suami pula jika menegur anak suka peluk anak selepas marah. Dan saya sekarang sedang cuba untuk amalkan supaya anak-anak faham yang kita sayangkan mereka bukan benci.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test