Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastrik yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.
Bagaimanakah Gastrik boleh terjadi?
Gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.
Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis:
(a) Sakit ulu hati
(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah
Adakah penyakit ini berbahaya?
Penyakit gastrik / gastritis di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.
(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal
(b) Tekanan /stress
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
(e) Merokok Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.
Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis. Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.
Apakah langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik @ gastritis
1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu.
2. Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut, sakit-sakit badan.
3. Elakkan tekanan . Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress. Bagi saya bagi mengelakkan stress perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa. Mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada.
4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda. Jika saya telah mengidap penyakit gastric apa yang perlu saya buat? 1. Makan secara teratur 2. Elakkan makanan yang pedas dan masam 3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe 4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok
Apakah penyakit ini boleh dirawat Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya?
Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini.
Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Semoga informasi ini bermanafaat untuk semua.
SET GASTRIK SHAKLEE :
Bagaimana ESP Shaklee membantu untuk sakit gastrik?
ESP ini yang kaya dengan kacang soya terpilihnya, bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut tadi. Malah, ESP ini juga mengandungi kandungan protein yang tinggi boleh membantu sistem pencernaan bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula 'bekerja' apabila wujudnya unsur protein dalam perut. Selain itu, nutrien yang terdapat didalam ESP ini juga mampu membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik sewaktu proses pencernaan itu berlaku.
ESP adalah sumber protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dibina oleh tubuh badan dan harus didapatkan daripada pemakanan kita.
Badan kita ni tak mampu hasilkan sendiri asid amino perlu tu. Padahal tubuh kita sangat-sangat memerlukan asid amino untuk regulate proses metabolisma yang penting untuk kesihatan badan. Selain tu, asid amino adalah sumber tenaga dan dapat membentuk tisu-tisu badan, organ, otot, kulit dan rambut.
Kalau badan tak cukup asid amino, badan kita akan ambil dari sumber protien yang ada dalam badan dan ini bole menyebabkan kerosakan otot dan tisu-tisu yang lain. Sebab tu pentingnya ada asid amino dalam protien kita. Kalau asid amino tak ada, tak guna jugak kita minum protien. Samalah seperti kita tak consume apa-apa.
Protein daripada pemakanan pula boleh termusnah akibat pemanasan. Apabila protein dipanaskan, Lysine, sejenis asid amino perlu yang penting kepada tubuh, akan hilang. Apa yang akan berlaku adalah perubahan di dalam rantaian asid amino dan perubahan ini akan mengurangkan kandungan nilai pemakanan yang boleh didapati pada semua asid amino perlu. Ini akan menyebabkan zat-zat tidak boleh diserap oleh tubuh.
Sebagai contoh glutamin . Glutamin penting dalam membantu mencegah penyakit radang pada sendi (artritis) kerosakan protein melalui memasak menyebabkan berlakunya pembaziran zat. Kesannya ialah seseorang itu perlu memakan makanan yang lebih banyak untuk mendapatkan asid amino yang diperlukan. Keadaan ini akan membawa kesan kepada jangka masa panjang terhadap pembentukan gejala penyakit.
1. http://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-gastritis?page=2
2. Klinik-ibuaiman.blogspot.com
3. www.cantiksemulajadi.com
No comments:
Post a Comment