Pentingkah "Tummy Time" ?



Tummy time atau tiarap.
Bagi 'first time' parent, pasti doktor ada berpesan untuk selalu meletakkan bayi dalam keadaan meniarap ketika tidur atau nap. Sebenarnya, aktiviti meniarap adalah penting unttuk perkembangan bayi anda ketika dia tidak tidur.

Jika bayi anda sering baring dan jarang meniarap, kemungkinan bayi mempunyai sebahagian bahagian kepala yang rata. Itu adalah isu kosmetik. Tapi biasanya ia akan hilang apabila anak semakin membesar. 
Bayi yang sering baring sahaja adalah satu petanda kepala, leher dan otot bahu  mereka kurang senaman. Jadi, salah satu atasinya adalah dengan aktiviti meniarap.

Apabila bayi anda dalam keadaan meniarap, pastikan kepalanya mendongak, pusing kepala ke kri dan ke kanan untuk melihat pergerakan yang berlaku di sekelilingnya. Pergerakan kepala membantu ototnya untuk ke fasa duduk pula. Otot mata juga akan menjadi lebih kuat apabila bayi anda matanya melihat pergerakan di sekelilingnya.


Bagaimana cara untuk melakukannya.
Mudah! bentangkan toto atau blanket di atas lantai dan letakkan bayi anda dalam keadaan meniarap. Untuk lebih selamat, lakukan aktiviti meniarap ketika bayi anda terjaga. Tidak perlu tidurkannya dalam keadaan meniarap jika anda bimbang apa-apa yang tidak elok berlaku. 

Salah satu cara untuk melekakan bayi anda ketika aktiviti meniarap adalah dengan meletakkan mainan di sekelilinga dalam bulaatan. Apabila anak anda mencapai mainan ketika meniarap, dia sebenarnya sedang menguatkan ototnya dan lama-kelamaan bayi anda akan cepat untuk meniarap sendiri merangkak dan mengengsot.


Sesetengah bayi suka bermain dengan perut mereka. Ada juga yang tidak suka apabila berada pada posisi meniarap atau lebih dikenali sebagai tummy time.

Ada banyak cara untuk beri bayi anda selesa dan enjoy dengan kedudukan menelentang.

1. Mula perlahan-lahan.
Sesetengah bayi hanya akan bertolak ansur dengan beberapa minit pada waktu 'tummy time' pada mulanya. Itu perkara biasa.

2. Pindah ke tahap itu. 
"Timmy time pada mulanya merupakan fasa menakutkan bagi bayi kerana ia adalah benda baru," ."Meletakkan bayi di atas lantai dan ibu atau bapa di galakkan untuk merangsang dan beri semangat kepada bayi untuk melakukan aktiviti tiarap."

3. Gunakan cermin plastik
Bayi anda mungkin akan mengangkat kepalanya apabila nampak wajah mereka sendiri.

4. Letakkan bayi pada perut atau dada anda. 
Bayi yang baru lahir suka untuk diletakkan begitu pada ibu bapa dan merenung ke muka mereka, .

5. Libatkan adik-beradik. 
Jika anda mempunyai anak-anak yang sudah besar , galakkan mereka bermain dengan adik lelaki atau adik perempuan mereka bersama-sama di atas lantai.

6. Meniarapkan pada aktiviti-aktiviti lain. 
Letakkan bayi dalam keadaan meniarap semasa anda selepas mandi (sambil memakai baju+menyapu minyak telon dsb), menyapu pada losyen, atau sendawa dia (di riba anda).

7. Menyanyi atau bercerita
Dia akan menaikkan kepalanya dan bergerak apabila dia mendengar suara anda. Jangan lupa untuk eye contact dengan bayi anda juga.

Semoga Bermanfaat!

sumber : http://www.webmd.com/parenting/baby/sleep-naps-12/tummy-time?page=2

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test