Pelajari Cara Mengira Pergerakan Bayi.



Mengira pergerakan bayi sangat penting sangat penting bagi mengetahui keaktifan, pergerakan jantung dan memahami pola pergerakan harian bayi.

Lazimnya ibu hamil diminta doktor mencatatkan pergerakan bayi bermula dari minggu  ke -28 kehamilan. Bagaimanapun, ramai ibu hamil menganggap tugas mengira itu rumit dan kadang-kadang keliru tidak tahu mengesan pergerakan.

PERLU TAHU
Bayi sihat lazimnya bayi yang aktif. Pada minggu ke-28, bayi semakin aktif dan kerap melakukan pelbagai jenis pergerakan. Tambahan pula, kantung ketuban anda pada usia kehamilan ini mengandungi lebih kurang 750ml cecair bagi membolehkan dia bergerak dengan bebas.

PANDUAN UNTUK IBU HAMIL.
1 - Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.

2- Carta kiraan pergerakan bayi lazimnya digalakkan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam. Anda boleh mula mengira pergerakan bayi dengan memilih waktu di mana baayi anda biasanya bergerak aktif. Sehubungan itu, ramai ibu berpendapat, waktu bayi bergerak aktif selepas waktu makan.

3- Ketika mengira pergerakan bayi anda, digalakkan berada di dalam posisi selesa. Anda boleh berbaring dengan posisi mengiring ataupun duduk di sofa. Sesetengah ibu suka duduk sambil merehatkan bahagian belakang dan memegang perut ketika mengira.

4- Pengiraan pergerakan bayi akan dikira sebagai satu gerakan apabila bayi bergerak kemudian berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Jika bayi anda bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat dan bergerak kembali, itu masih dikira satu pergerakan.

5- Satu kali gerakan bersamaan dengan satu  kali pusingan. Bayi biasanya bergerak aktif ke kiri dan kanan; atas dan ke bawah dalam satu-satu masa.

6- Keadaan itu diambil kira sebagai satu kali gerakan! Setelah beberapa minit, bayi akan bergerak lagi dalam keadaan sama lalu ia dikira sebagai gerakan kali kedua. Berdasarkan pengalaman ramai, carta tendangan bayi mampu dilengkapkan dalam jam 3 petang hingga 4 petang.

AMBIL PERHATIAN.

1) Sekirannya bayi tidak bergerak sehingga 10 kali dalam tempoh 12 jam atau anda mendapati bayi kurang aktif berbanding biasa, segera berjumpa doktor. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dengan memeriksa kadar degupan jantung dan pergerakan bayi.

2) Jika terdapat perubahan pola tersebut, berjumpalah doktor dengan segera untuk mengetahui puncanya agar kejadian tidak diingini dapat dikenalpasti di peringkat awal.

3) Perlu dumaklumi bahawa jika anda berada dalam keadaan sibuk, anda mungkin tidak dapat menyedari pergerakan bayi. Sebaik-baiknnya, lakukan rutin ini ketika anda berada di dalam keadaan tenang. Sehubungan itu ada beberapa cara untuk merangsang bayi bergerak.

Panduan berikut mungkin dapat membantu:
- Baring secara mengiring dengan mengampu punggung dan jangan bergerak.
- Angkat kaki ke atas dan relaks
- Halakan bunyi muzik ke perut anda. Bagi muslim adalah lebih baik anda mendengarkan ayat suci Al-Quran.


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test