8 Gejala Bronkitis Yang Ibu Bapa Harus tahu



Pengalaman anak sulung pernah kena bronkitis 2 tahun lepas , sedikit sebanyak mengajar saya untuk lebih alert dengan gejala-gejala yang membolehkan anak saya terkena bronkitis . Masa first time anak saya terkena bronkitis, ianya di mulai dengan perpindahan pengasuh. Dari babysitter ke taska. Masa itu, baru minggu ketiga duduk di taska. Tanda-tanda pertama adalah selsema dan batuk diikuti dengan demam. Paling membimbangkan, apabila suhu badan anak saya mencapai 40 darjah celcius. Masa ini, kami tak fikir panjang, terus mintak refer letter dari klinik panel dan terus ke hospital pantai kl. Rupanya Adam dijangkiti bronkitis.

Jangan risau jika anak muntah selepas ambil neb. Lagi bagus dia muntah untuk keluarkan kahak kerana budak baya Adam ( 2 tahun ) masih belum tahu mengeluarkan kahak.

Kali kedua Adam terkena bronkitis adalah sebulan selepas kami sekeluarga pindah rumah. Masa baru pindah, rumah sangat berhabuk sebab ada buat minor renovation sebelum pindah masuk rumah. Jadi, apa yang saya dapat simpulkan di sini, Adam alah dengan habuk . Habuk yang keterlaluan akan mencetuskan semula jangkitan bronkitisnya. Bronkitis boleh berulang, pesan doktor yang merawat Adam dahulu.


Apakah itu Bronkitis?

Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.

- Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
- Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).

Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut

Apakah yang menyebabkan Bronkitis?
1- Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah : 

  • asap rokok, 
  • wasap kimia dan 
  • habuk

2- Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. 
3- Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. 
4- Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.



8 Gejala Bronkitis :
1- kurang selera makan
2- Batuk dengan kerap
3- Demam yang tidak teruk (kurang 38.30C. Ikut pengalaman saya, anak akan diserang demam pada waktu maghrib dan subuh. Kerana suhu badan pada waktu ini memang hangat)
4- Sesak nafas atau sukar bernafas.
5- selsema
6- Batuk kering seperti tiada kahak pada awal -awal.
7- Keletihan. Anak akan berasa sangat lemah dan tidak aktif dan sering merengek.
8- Suara serak


Bronkitis Akut

-Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada. 
-Demam ringan (kurang 38.30C atau 1010F).
-Sakit tekak. 
-Sakit otot
-Kelesuan

Bronkitis kronik
-Penyebab utamanya ialah merokok. 
-Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok'). 
-Sukar bernafas dan terasa sesak dada. 
-Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan bunyi seperti siulan)
Dalam kes-kes bronkitis kronik mungkin ada tanda-tanda lain seperti bengkak di kaki dan pergelangan kaki, bibir biru disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan, dan berulang sejuk dan demam

Bagaimana doktor dapat mengesan Bronkitis? 
Doktor akan bertanyakan tentang gejala yang dialami. Doktor tidak akan mengambil kira sebab-sebab lain yang menyebabkan kesukaran bernafas. 
Jika doktor mengesyaki anda menghidapi Bronkitis, anda akan disyorkan menjalani ujian fungsi paru-paru untuk mengetahui sama ada paru-paru anda berfungsi dengan sempurna dan untuk mengetahui sama ada paru-paru anda telah rosak. 
Doktor mungkin meminta anda menjalani X-ray dada dan ujian darah. 


Pengurusan Bronkitis Di kalangan Kanak-Kanak 
- Kerap beri anak atau bayi anda air atau menyusu badan
- Letakkan dehumidifier jika anak anda sukar hendak bernafas . 
- Anda juga boleh menggunakan nasal drop, tapi pastikan dapatkan konsultasi dahulu sebelum menggunakannya.


Ubat Untuk Merawat Bronkitis 

1. Ventolin ( Ikut pengalaman anak sulung )

2. Bagi kanak-kanak pula terutamanya yang berumur kurang dari  6 tahun, prosedur percussion digalakkan untuk dilakukan agar kahak longgar dan akan keluar dari najis. 

- Cara Percusion : 


i) Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
ii) Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
iii) Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

3. Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah bronkitis.




*Simpan alat sedut dos bermeter ( Metered Dose Inhaler atau MDI ) direka untuk digunakan dengan valved memegang ruang , atau spacer  jika anak anda pernah guna.  Agak mahal jika mahu beli lagi. Dalam RM150++.



* Prosedur percussion yang ibu bapa harus lakukan dengan kerap jika anak mengalami bronkitis. Jika anak masih kecil, biasanya anak akan dibedung dengan selimut supaya tidak menggelupur kerana tidak selesa.






sumbe r :
1. http://sakitrawat.blogspot.com/
2. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/4206-teknik-tepuk-bantu-masalah-bayi-berkahak.html

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test