10 Tip Galakkan Anak Membaca




Kanak-kanak sekarang lebih suka tengok tablet berbanding membaca buku. Amalam membaca semakin terpinggir dan tak hairan kalau lama kelamaan anak-anak semakin tidak suka membaca. Bagiamana  cara hendak membuatkan si kecil suka akan buku. Ada tips yang boleh anda gunakan untuk merangsang anak suka membaca buku berbanding menghadap tablet 24 jam. Membaca buku lebih banyak faedahnya berbanding melihat tablet. 

Anak yang rajin membaca buku lebih bijak, berpengetahuan, kreatif kerana banyak maklumat yang mereka peroleh dan pelajari daripada buku berbanding bermain permainan video atau menonton video di tablet.


1. Dedahkan dengan buku

Sejak usia bayi lagi biasakan anak dengan buku. Belikan buku kulit lembut untuk anak. Tunjukkan kepadanya buku. Rajin membacakan buku dan bercerita menggunakan buku. Pendek kata anda buat pelbagai aktiviti merangsang anak menggunakan buku. Jika sejak bayi sudah terbiasa dengan buku tidak mustahil semakin dia besar semakin suka membaca buku.


2. Ibu ayah juga pembaca buku

Kalau hendak anak rajin baca buku, ibu dan ayah juga mestilah seorang pembaca buku. Janganlah anda arahkan anak membaca buku tetapi diri sendiri asyik menghadap televisyen atau pun telefon pintar. Jadi model contoh kepada anak, barulah anak ikut!


3. Ajak ke kedai buku

Sekiranya keluar bersiar-siar di pusat membeli belah, ajak anak singgah ke kedai buku. Biarkan dia dengan suasana dalam kedai buku. Jika boleh biarkan anak belajar memilih buku yang dia suka. Percayalah, lama kelamaan apabila keluar mesti anak akan mengajak anda ke kedai buku.


4. Hadiahkan buku

Apa kata berikan anak hadiah buku setiap kali hari ulang tahunnya berbanding membelikan alat permainan yang akhirnya akan disepah atau dibuang begitu sahaja. Untuk membuatkan lebih menarik, anda belikan buku yang mempunyai siri atau edisi terhad. Bagi anak yang sudah ke tadika,mereka ada buku kegemaran masing-masing. Tentu mereka teruja mendapat buku kegemarannya dalam bentuk edisi terhad.


5. Sediakan rak khas

Bagi membuatkan anak menghargai buku, sediakan satu rak khas dalam bilik anak untuk dia menyimpan buku-bukunya. Biarkan anak menjaga koleksi bukunya. Secara tidak langsung dia akan menghargai buku-buku tersebut sebagai koleksi yang tinggi nilainya.


6. Berkunjung ke pesta buku

Sesekali bawa anak berkunjung ke pesta buku yang mempamerkan pelbagai koleksi buku. Anak anda pasti teruja dan tidak sabar untuk berkunjung ke acara begitu lagi di masa akan datang.


7. Sebulan sebuah buku

Sediakan peruntukan sebuah buku sebulan untuk seorang anak. Beritahu mereka tentang bajet tersebut. Mungkin bajet bagi sebuah buku anda boleh tentukan mengikut kemampuan masing-masing. Secara tidak langsung anak-anak akan membuat perancangan buku apa yang akan dibeli untuk bajet bulan depan. Tentu mereka tidak sabar!


8. Buat pertandingan

Bagi memupuk lagi minat membaca buku, anda boleh adakan pertandingan siapa baca buku paling banyak bulan tersebut dalam keluarga anda. Pemenangnya akan menerima hadiah menarik yang memang diidamkan oleh anak-anak anda. Dengan cara ini mereka akan berlumba-lumba untuk lebih rajin membaca buku.


9. Ambil tahu apa yang anak baca

Bertanya kepada anak apa yang dibaca akan membuatkan anak berasa mendapat perhatian. Selain itu jika anak anda berkongsikan ilmu atau info yang diperoleh daripada buku yang dibaca, tunjukkan minat anda. Walaupun sebenarnya anda sudah tahu tentang info tersebut, tetapi anda boleh 'berpura-pura' kagum dengan ilmunya. Sudah tentu anak berasa bangga dan akan terus rajin membaca buku.


10.Ceritakan kebaikan rajin membaca

Anak kecil memang tidak tahu apa kebaikan yang mereka peroleh jika suka membaca. Jadi, anda perlu memberikan gambaran dan contoh kebaikan rajin membaca buku. Misalnya memberitahu si A boleh menang kuiz di sekolah kerana di rajin membaca, si B boleh jadi penulis terkenal kerana rajin membaca dan sebagainya lagi.






sumber : Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test