Cara-cara Menguruskan Uri


Langkah pengurusan uri perlu diketahui dan persediaan dilakukan sebelumkelahiran terutamanya bagi ibu bapa kali pertama. Uri akan diserahkan kepada ibu bapa selepas proses bersalin selesai sebelum pesakit discaj dari wad bersalin untk diuruskan. Biasanya uri akan diserahkan kepada ibu bapa atau keluarga dalam keadaansudah dicuci dengan air sebelum diserahkan kepada ibu bapa.

Peralatan Yang Perlu Disediakan:

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik

6. Kain ( Napkin )

Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun atau syampoo.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dan untuk mengelakkan daripada binatang seperti kucing, tikus atau anjing menggali dan memakan uri tersebut.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas. 
-Boleh letak sekali dengan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri.
8. Bungkus bersama kain dan diikat kemas. (Kain tidak semestinya putih)
9. Balutkan bungkusan uri membentuk seperti punjut bagi memudahkan ia dibawa ke tempat hendak ditanam.
10. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.
11. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
12. Baca Basmalah dan selawat semasa meletakkan uri ke dalam tanah dan menimbusnya.


Pengurusan Uri Cara Islam
Menurut ustaz Azhar Tuarno, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar & Inovasi Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri, tiada hukum, nas atau hadis yang jelas mengenai cara menguruskan uri.


1) Tidak ada aturan dalam syariah Islam tentang cara tanam uri bayi.  Kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu kerana memberi pengaruh kepada bayi, hanyalah KEPERCAYAAN KOSONG yang tidak ada dasarnya dalam syariah. Oleh itu, jangan sampai iman gugur hanya kerana kepercayaan salah tentang uri bayi.

2) Uri orang-orang Islam adalah suci. Dengan itu, ia tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing.

3)Uri merupakan sebahagian "barang" yang lahir. Jadi, apabila tidak dikehendaki, digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik. Bila ia mempunyai darah, ia ibarat najis dan seelok-eloknya dibasuh bersih bagi menghilangkan darah yang ada padanya dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yang mungkin akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

4) Sebaik-baiknya uri ditanam bagi mengelakkannya menjadi makanan haiwan. Dalam pada itu, ia sama sekali tidak boleh dijadikan bahan di dalam pembuatan kosmetik.

5) Kepercayaan kurafat seperti menanam uri di halaman rumah kononnya mempercepatkan jodoh adalah tidak benar sama sekali. Perkara jodoh bukan ditentukan kerana uri tetapi ia merupakan kehendak Allah.



Sumber:
1. Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani.
2. Majalah Pama
3. https://tudungsicomel.com/cara-menguruskan-uri-selepas-bersalin/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test