6 sebab UTAMA lemak terkumpul di perut



Masalah perut buncit merungsingkan ramai orang. Paling tak best bila lemak yang terkumpul di bahagian perut sebab kalau pakai baju nampak seperti pregnant pula. 



Untuk mengatasi masala perut buncit ini, ia memerlukan disiplin yang tinggi bukan sekadar untuk penampilan yang menarik tetapi paling utama ialah menyingkirkan yang berlebihan terutamanya lemak visceral yang menjadi petanda kepada penyakit jantung, diabetes tahap dua, rintangan insulin dan kanser.

Antara 6 sebab UTAMA lemak terkumpul di perut:

1) Semakin Tua

Semakin berusia, tubuh mengubah cara ia menambah dan mengurangkan berat badan. Wanita dan lelaki mengalami penurunan kadar metabolik atau jumlah kalori yang diperlukan tubuh untuk berfungsi secara normal. Jika wanita menambah berat badan selepas menopaus, kebanyakannya akan kelihatan pada perut mereka. 

2) Senaman Yang Salah

Berlari dengan kerap setiap hari baik untuk jantung tetapi senaman kardio sahaja tidak cukup untuk pinggang . Anda perlu menggabungkan gabungan senaman latihan berat dan kardiovaskular. Senaman kekuatan meningkatkan jisim otot akan membuatkan tubuh membakar lebih lemak.

3. Makan Terlalu Banyak Proses Food

Makanan diproses seperti roti putih, biskut dan kentang goreng dan gula halus dalam minuman yang dimaniskan serta pencuci mulut meningkatkan keradangan dalam tubuh. Lemak perut dikaitkan dengan keradangan . Memakan terlalu banyak makanan diproses akan menghalang kebolehan untuk mengurangkan lemak perut. Makanan semulajadi seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin penuh dengan anti-oksidan memiliki sifat-sifat anti-keradangan yang mampu mencegah lemak pada perut.

4. Senaman Tidak Mencabar.

Untuk menghapuskan lemak degil pada  perut, anda perlu melakukan senaman yang mencabar dan mampu membakar kalori dengan cepat. gambar di atas adalah salah satu contoh senaman.

5. Mengalami tekanan

Terlalu banyak tekanan menyukarkan anda untuk membuang berat yang tidak diinginkan. Hormon kortisol yang terdapat pada mereka yang stress boleh meningkatkan jumlah lemak dalam tubuh untuk melekat dan membesarkan sel-sel lemak. Tahap kortisol yang tinggi juga boleh dikaitkan dengan lemak viseral yang banyak.

6. Kurang tidur.

Kajian yang dilakukan mendapati hampir 70000 wanita tidur 5 jam atau kurang setiap malam lebih mudah menambah berat badan jika dibandingkan dengan wanita yang tidur 7 jam setiap malam.

Jadi, dah bersedia untuk berubah?
Cuba start..mana tau sebenarnya anda enjoy dengan life anda selepas mencuba turunkan berat badan!

Selamat mencuba!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test