9 Manfaat Ubi Keledek Untuk Kesihatan Orang Dewasa & Bayi!




Ubi keledek atau nama saintifiknya ialah Ipomoea batatas dari keluarga Convolvulaceae. Ia bukan sahaja satu hidangan yang senang untuk mendapatkannya, malah rasanya yang manis memang sedap untuk dinikmati hanya dengan merebus atau stim sahaja.

Ubi Keledek ada banyak jenis. Antaranya adalah:

Tapi, yang paling sedap + lemak + manis adalah japanese sweet potato!


Sememangnya ubi keledek kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan. 

Jom kita baca 9 manfaat utama ubi keledek untuk kesihatan.

#1 Kaya dengan vitamin B6
Vitamin B berfungsi untuk mengurangkan kadar bahan kimia homosistein di dalam tubuh. Bahan kimia ini dikaitkan dengan penyakit degeneratif, termasuklah menajuhkan serangan jantung.
9 Manfaat Ubi Keledek Untuk Kesihatan



#2 Sumber terbaik vitamin C
Ramai di kalangan kita tahu vitamin C penting untuk membantu mengelakkan demam dan juga virus selesema. Hanya sedikit yang sedar bahawa vitamin C penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman dan pembentukan sel darah.

Vitamin C berfungsi meningkat proses penyembuhan luka, merangsang penghasilan kolagen yang dapat memabntu mengekalkan ketegangan kulit agar kelihatan lebih muda dan sihat.

Vitamin C juga membantu mengawal tekanan (stress) selain melindungi tubuh daripda toksin dan kerosakan akibat radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu vitamin C juga memainkan peranan menyerap zat besi ke dalam tubuh kita. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan zat besi tidak dapt diserap dengan baik.


#3 Mengandungi vitamin D
Vitamin D berfungsi terhadap kadar tenaga di dalam tubuh dan emosi. Selain itu, vitamin D juga membantu membina tulang, jantung, saraf, kulit dan gigi yang kuat dansihat serta menyokong kalenjar tiroid. 

Vitamin D penting untuk diambil bersama kalsium kerana salah satu fungsinya yang membantu menyerap kalsium ke dalam tulang agar tidak berlaku mendapan.


#4 Zat besi
Kita tahu zat besi (iron) sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga yang mencukupi. Selain itu zat besi memainkan peranan yang penting di dalam menghasilkan sel darah putih dan sel darah merah. 

Ia juga bertindak dalam membantu mengawal stress dan memastikan sisitem imun berfungsi dengan baik di samping memetabolismekan protein yang masuk ke dalam tubuh agar tidak berkumpul menjadi gula dan lemak.


#5 Sumber Magnesium
Keledek merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan magnesium yang mana ia berperanan memberikan rasa tenang (relax) kepada tubuh dan menjadi mineral anti stress. Magnesium juga diperlukan untuk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, otot dan juga fungsi saraf. 


#6 Potassium
Di dalam ubi keledek juga terdapat potassium. Ia merupakan satu elektrolit (electrolytes) yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan isyarat saraf. 

Seperti elektrolit yang lain, potassium memainkan peranan yang penting termasuklah meredakan pengecutan otot-otot (relaxing muscle contractions), mengurangkan pembengkakan, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.


#7 Keledek memiliki rasa manis yang semulajadi
Kandungan gula semulajadi yang terdapat di dalamnya dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah, membantu mengawal serta mengimbangi sumber tenaga tanpa meningkatkan kadar gula di dalam darah yang mana kebiasaannya dikaitkan dengan kenaikan berat badan da keletihan.

#8 Kaya dengan karotenoid
Warna oren pada keledek menunjukkan ia kaya dengan pelbagai karotenoid seperti beta karotene dan lain-lain, yang mana ia mendominasi vitamin di dalam tubuh. Karoteniod membantu menguatkan kadar penglihatan dan meningkatkan sistem imunisasi terhadap penyakit. 

Karotenoid merupakan antioksida yang berkuasa yang boleh membantu mengelakkan kanser dan melindungi diri dari kesan penuaan. 


#9 Keledek makanan yang bersifat versatile.
Ia sesuai untuk dihidangkan denganmenggunakan pelbagai cara dan kaedah masakan seperti dipanggang, kukus, atau dijadikan puri. Anda boleh memasukkan ubi keledek ke dalam sup atau stew, dibakar atau dipotong kecil sebagai rencah di dalam saald sayur-sayuran anda. 

Keledek juga boleh dijadikan puri dan ditambah di dalam smoothies atau hidangan yang lain. Bayi anda tentu suka kerana rasanya yang manis dan lemak!

Antara Menu sihat ubi keledek:


Baby pun suka tau yang ini!!

Sherperd Pie guna ubi keledek

Keledek juga sangat "sihat" berbanding kentang. Sesuai untuk sesiapa yang ingin turunkan berat badan kerana kandungan karbohidratnya yang rendah dari kentang! 

sumber :
1) A healthy living.
2) Mingguan wanita


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test