Mari Kenali SLE / LUPUS.



Antara penyakit kronik di Malaysia adalah Sakit Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi dan Kanser. Rasanya ini yang paling top di Malaysia. Tapi saya yakin masih ada yang kurang familiar dengan SLE. 


MAKSUD SLE/LUPUS

Menurut laman web penyakit SLE/Lupus Malaysia, SLE bermaksud Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

 Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin berertiserigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

JENIS-JENIS SLE/LUPUS

Terdapat beberapa jenis lupus:

SLE


  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian



Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.


DLE

  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain



Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.


NEONATAL

  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidapi SLE.
  • Antara gejalanya adalah Radang Kulit,Masalah Hati,Low Blood Counts.
  • Kemungkinan bayi mengalami masalah jantung.


Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.




**Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.



Punca Penyakit SLE

Walaupun punca utama penyakit ini masih tidak diketahui, namun terdapat beberapa faktor yang mungkin boleh dikaitkan dengan SLE. Antaranya ialah:-


  1. Keturunan/faktor genetik.
  2. Persekitaran
  3. Hormon 


Kebanyakkan pengidap pesakit SLE terdiri daripada wanita iaitu lebih kurang 90%. Hal ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan hormon estrogen.


Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:

  1. Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  2. Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  3. Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  4. Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  5. Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  6. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  7. Sawan, strok dan gangguan mental
  8. Risiko untuk mendapat darah beku
  9. Kerap keguguran bayi
  10. Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  11. Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

#Lupus 1



#Lupus 2

#Lupus 3


SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:

1. Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

2. Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

3. Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

4. Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

5. Jantung

Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

6. Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).



Bagaimanakah SLE boleh dirawat?
Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

Rawatan

Penyakit SLE hanya boleh dikawal dan tidak boleh disembuhkan. Rawatan yang sering diberikan kepada pesakit SLE ialah melalui steriod serta ubatan yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi dan ubat untuk melindungi organ badan. Ubat- ubatan ini berfungsi untuk mengawal aktiviti sel lupus daripada aktif menyerang tubuh.


Bagaimana Supplemen Shaklee boleh membantu

Seperti yang kita semua sedia maklum, supplemen Shaklee kesemuanya adalah berasaskan bahan-bahan semulajadi dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Inilah yang menyebabkan produk-produk ini selamat digunakan walaupun bagi pesakit berisiko tinggi seperti SLE.




Antara supplemen yang sangat sesuai untuk pesakit SLE ialah:-


 Vivix.


  • Elderberi yang terdapat dalam ramuan VIVIX merupakan sumber anthocyacins yang hebat serta mengandungi 3 kali ganda karotenoid. Ia adalah antioksida yang kuat dan dapat melindungi sel dari kerosakan.



  • Bukankah sistem imun pesakit SLE menyerang sistem pertahanan tubuh mereka sendiri? Jadi, kita mestilah melindungi sel tubuh dengan antioksida semulajadi yang sangat kuat seperti yang terdapat di dalam ramuan VIVIX.



  • Selain itu, lobak ungu (ramuan VIVIX) merupakan sumber vitamin A terbaik serta merupakan antioksidan, anti-bakteria, anti-radang penyakit serta mempunyai ciri-ciri membantu meningkatkan kesihatan.



  • Vivix juga mengandungi RESVERATROL. Vivix terbukti 10 kali ganda lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna tiruan dan perasa tambahan.


**Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak , tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, santis menemui : Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat di dalam wain merah.

Apakah itu Resveratrol?

  • Antioksidan yang kuat
  • Anti-inflamasi
  • Anti-kanser


SATU HIDANGAN VIVIX mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah. Vivix mendapat sijil HALAL Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )

Testimoni :

#1




#2 Boleh klik sini untuk baca pengalaman pesakit SLE yang telah mengamalkan VIVIX.


VIVIX = Value For Money!



Bagi yang memerlukan,
Hubungi:
Lydia
013-2999408



sumber :
1.  vitaminhouz.blogspot.com
2. http://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test