8 Tip Elak Kecacingan Pada Bayi



Kecacingan disebabkan oleh pelbagai faktor. Bayi juga tidak terkecuali. Ia boleh mengganggu pertumbuhan dan membuatkan dia terdedah kepada beberapa jenis penyakit. Jika dibiarkan tanpa ditangani, ia boleh menggugat kecerdasan mental dan tahap kesihatan.

Faktor kecacingan.


Cacing-cacing berkenaan mampu hidup di dalam usus, darah serta organ manusia sehingga bertahun-tahun dengan mendapatkan makanan melalui zat-zat yang terdapat di dalam usus ketika proses penghadaman. Lazimnya, jangkitan cacing lebih mudah dialami oleh kanak-kanak terutama jika ibu bapa tidak mengambil cakna tentang kebersihan anak-anak. 

1. Jangkitan cacing atau parasit itu boleh menjangkiti kanak-kanak sama ada melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor. 

2. Jangkitan melalui pemakanan berlaku apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalan tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut. 

3. Jangkitan cacing juga boleh diperoleh melalui persekitaran jika kulit kanak-kanak berkenaan terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan. 


Amat malang jika anak kesayangan anda dijangkiti cacing 
sebelum mencapai umur 1 tahun kerana tiada ubat cacing yang akan diberi kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 1 tahun. 


Apa petanda perut anak kesayangan anda dijangkiti cacing?
Antara petandanya ialah:
1) Bayi tidur dalam keadaan tertonggeng
2) Tiada selera makan
3) Tidak lena tidur
4) Sering merengek
5) Najisnya berbau busuk
6) Perut kembung


Berikut adalah beberapa tip yang dapat anda lakukan untuk mencegah kecacingan pada bayi.

1. Menjaga kebersihan diri anda dan bayi dengan memastikan peralatan bayi di dalam keadaan bersih . Bersihkan segera sekiranya kotor termasuklah peralatan memerah susu. Ia perlu disteril sebelum digunakan.

2. Barang permainan bayi perlu kerap dibersihkan . Terutamanya apabila si kecil memasuki fasa oral yang suka memasukkan objek ke dalam mulut. Bakteria dan kuman akan masuk ke dalam perncernaan bayi sekiranya permainan tersebut kotor.

3. Jaga kebersihan kuku dan jari apatah lagi bagi bayi yang sering memiliki kebiasaan memasukkan jarinya ke dalam mulut.

4. Pastikan tempat tidur dan kelengkapan bayi termasuk baju jauh dari kuman, debu dan punca kekotoran.

5. Segera tukar lampin si kecil apabila telak buang air kecil atau besar.

6. Berikan makanan dan minuman berkhasiat yang dimasak sendiri di rumah.

7. Biasakan diri mencuci tangan menggunakan sabun setelah melakukan apa sahaja dan sebelum menyentuh bayi, menyuap  makan atau barang keperluannya.

8. Minta nasihat doktor dan dapatkan dos ubat cacing yang sesuai dengan usia bayi. Anda dan ahli keluarga yang lain juga digalakkan mengambilnya (ubat cacing) untuk pembasmian cacing secara keseluruhan.


Ubat Cacing yang di sarankan oleh doktor:

sumber gambar : http://kampung-kameq.blogspot.my/2013/02/cacing.html

Ubat cacing boleh diberi enam bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk kanak-kanak bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas

Petua Tradisional Kecacingan

Daun Betik
1) Ramas daun betik di dalam air mandian
bayi sehingga air menjadi warna hijau.
2) Selepas mandikan bayi menggunakan air
biasa(bersih), bilas dengan air ramasan
daun betik.
3) Bermula dari leher sehingga kaki. 
Kepala tidak perlu.
4) Mandi 3 hari berturut-turut waktu petang

Cubalah..kita ikhtiar.. mana tahu berkesan kan!


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

2 comments:

  1. untung ada ilmu petua ini moga dapat panjangkan pada yang lain nanti..manfaat ni masa hadapan sebab saya ada anak kecil dan maish sekolah lagi

    ReplyDelete
  2. Kami 1 famili dah mkn ubat cacing ni..
    Bln 6 ni mkn lg..

    ReplyDelete

test