5 Langkah Kurangkan GOUT



Penyakit Gout sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja termasuklah wanita. Tetapi Orang lelaki lebih cenderung untuk mendapat Gout berbanding wanita.


Apa itu Gout?
Gout merupakan penyakit radang sendi yang amat menyakitkan berpunca daripada pembentukan kristal asid urik yang tajam seperti jarum. Sasaran paling lazim adalah ibu jari kaki, lutut dan tangan. Kesan serangan boleh terjadi dalam tempoh beberapa hari atau bulan. Lelaki dan individu obes merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jika anda merupakan penghidap gout, terdapat beberapa pantang larang membabitkan makanan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan keradangan sendi.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan. Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini dengan rawatan yang baik, ia boleh dikawal. Paling penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Apabila seseorang telah mengalami gout, sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Tahu-tahu sahaja kaki sudah bengkak dan kesakitan yang amat sangat sehingga pada satu tahap tidak boleh berjalan. Perlukan tongkat untuk ampu badan ketika berjalan.

Namun, beberapa faktor pesakit gout boleh amalkan dalam kehidupan seharian untuk mengurangkan GOUT.


5 Langkah Kurangkan GOUT


Kekalkan Hidrasi
Badan manusia memerlukan air untuk mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir aisd urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.
Tip : Beli botol air yang bersenggat 2L/3L. Bawa ke tempat kerja. Pastikan habiskan air yang dibawa! 


Elak Beli Ubat Gout Di Kaunter
Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungi membuang air daripada badan.
Tip : Simpan Vivix Shaklee di rumah. Pengalaman menjaga husband dan ayah mertua yang pernah kena serangan GOUT. Amalan sesudu vivix setiap hari mampu mengurangkan sakit GOUT.


Makan Secara Sihat
Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purina kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekaligus menyebabkan tahap asid urik meningkat.
Tip : Isteri haruslah memainkan peranan yang penting dalam menjaga pemakanan suami. Pastikan lauk di rumah kalau boleh ikut DIET/PANTANG LARANG GOUT. Siapkan bekal dari rumah . Kadang-kadang kita tidak tahu , lauk sup sayur pun kadang-kadang mengandungi udang kering. Jadi, makanan/lauk yang di sediakan dari rumah lebih SELAMAT.


Mengekalkan Berat Badan
Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal, ia menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. Lakukan juga senaman sederhana.
Tip : Bersenamlah wahai pesakit GOUT! walaupun berjalan kaki dari tempat parking ke ofis!


Rehat
Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.
Tip : Berikan suami/ayah/abang anda rehat secukupnya jika serangan gout datang. Biarkan dia selesa ikut cara mereka. Contohnya jika mereka selesa baring di atas kerusi/katil berseorangan, jangan diganggu. Kaki yang bengkak bukan boleh diusik. Sensitif!



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test