Manfaat Bermain Dengan Blok



Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendidik si manja. Antaranya bermain dengan permainan blok. ia sangat sesuai untuk dijadikan alat didik untuk menjana minda kanak-kanak secara keseluruhan.

Blok boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Permainan yang fleksibel ini membantu mengembangkan daya imaginasi. Semasa bermain dengan blok, kanak-kanak dapat mempelbagaikan cara bermain seperti belajar membina, matematik, mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan memahami konsep keseimbangan dan sebagainya.

FAEDAH BERMAIN BLOK.

Perkembangan Sosial
Permainan ini mendidik kanak-kanak bekerjasama di dalam sesuatu kumpulan. Semasa bermain mereka akan berfikir untuk mencipta dan menyelesaikan masalah.

Perkembangan Fizikal
Aktiviti ini juga membantu perkembangan fizikal apabila kanak-kanak mengambil, menyusun dan memadankan blok untuk mencipta atau membina sesuatu. Kanak-kanak akan menggunakan kekuatan pada jari dan tangan serta menambah daya koordinasi antara mata dan tangan.

Perkembangan Kreatif
Menggalakkan kanak-kanak untuk membina sesuatu mengikut daya imaginasi masing-masing. Kanak-kanak akan bangga dengan hasil ciptaannya. Untuk memberikan lebih keyakinan, tenaga pengajar atau ibu bapa boleh bertanya dan meminta si kecil menjelaskan hasil ciptaannya.

RINGKASAN
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan dengan blok ini ialah:
1. Mengenalkan nombor, huruf dan gambar. Perkenalkan satu atau dua huruf/nombor/gambar/ pada satu masa semasa bermain.

2. Mengangkut dan memunggah blok dalam koak atau bakul permainan.

3. Menyusun blok kemudian dan meruntuhkan susunan blok dengan menggolekkan bola kecil pada blok.

4. Mencipta sesuatu bentuk mengikut daya imaginasi. Contohnya bangunan.

5. Belajar mengeja nama sendiri atau membina ayat yang mudah.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test