Overdue Bahayakan Nyawa Bayi


Ibu hamil yang menanti saat-saat melahirkan tentu tidak sabar menanti cahaya mata setelah doktor memberi tarikh jangkaan bersalin. Namun, tidak semua melahirkan pada tarikh yang dijadualkan. Ada yang awal dan ada yang melebihi tarikh jangkaan.

Saat waktu bersalin hampir tiba, tentu pelbagai perasaan mula bercampur baur di kotak fikiran ibu-ibu hamil. Terutama bagi mereka yang baru hendak menjadi ibu. Perasaan gembira dan takut bersilih ganti.

Biarpun hampir 80% ibu akan melahirkan kandungan lebih awal, 4-14% akan mempunyai masalah lebih dari tarikh jangkaan.



Sudah pasti keadaan ini menimbulkan perasaan cemas, lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang kali pertama hamil. Apabila melihat keadaan kandungan agak berbahaya kerana si ibu bermasalah untuk melahirkan, doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya ia akan dilakukan sekiranya tarikh jangkaan bersalin melebihi 7 hari kerana bayi perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.

Apabila seseorang ibu membuat pemeriksaan di klinik, doktor akan memberi tarikh jangkaan bersalin berdasarkan pengiraan mengikut tarikh haid terakhir ibu tersebut. Biasanya tarikh itu berdasarkan 40 minggu usia kandungan

Biasa berlaku di dalam kebanyakan kes, berkaitan dengan kesilapan usia kandungan akibat salah makluman tentang tarikh kitaran haid. Jika ibu tersebut tidak dapat memberi tarikh terakhir haid dengan pasti, tarikh jangkaan diberi berdasarkan pemeriksaan imbasan ultra bunyi.

Tarikh jangkaan biasanya akan dibuat pada awal usia kehamilan kerana hasil pemeriksaan imbasan ultra bunyi pada masa itu adalah lebih tepat berbanding dengan pemeriksaan yang dibuat pada usia kandungan yang telah besar.

Para ibu hamil yang masih belum menunjukkan tanda-tanda didatangi sakit hendak bersalin, biasanya disarankan oleh doktor agar melahirkan bayi dalam tempoh sekitar 7-10 hari selepas tarikh jangkaan bersalin. Ia bagi mengelakkan komplikasi bayi lemas.

Pemeriksaan berkala akan dilakukan untuk memastikan tiada masalah-masalah berkaitan kehamilan. Sekiranya ada, maka proses bersalin akan dilakukan lebih awal.

Tempoh 7-10 hari diberikan bagi ibu bersalin secara normal lebih tinggi. Ramai yang didatangi rasa sakit hendak bersalin sendirinya sementara menunggu tarikh induksi.



Bahaya Kepada Bayi
Biasanya sekiranya kandungan melebihi hari, secara tidak langsung ia boleh membahayakan nyawa bayi. Risiko-risiko seperti ini akan berlaku. antaranya:

1. Kekurangan air ketuban
2. Bayi lemas di dalam kandungan
3. Najis yang bercampur dengan air ketuban
4. Saiz bayi semakin membesar.
5. Kekurangan fungsi uri sehingga boleh menjejaskan bayi.
6. Pembedahan caesarean.

Apakah pilihan yang saya ada?
Jika anda bertanyakan pendapat dengan doktor anda tentang ketidakpastian sama ada mahu induce atau tidak, anda boleh minta untuk mintak berfikir untuk sehari ,dua.  Cuba bertanyakan pendapat dengan kawan-kawan sekeliling yang pernah di induce, berbincang dengan suami. Kita kena buat mind set yang setiap perjalanan kelahiran setiap wanita adalah berbeza-beza.

Jika tiada risiko semasa kehamilan anda dan anda tidak mahu di induce, anda boleh request untuk dipantau setiap 2-3 hari untuk pastikan sama ada bayi anda selamat. Cadangan ini biasanya di tawarkan bagi kehamilan yang lebih dari 40 minggu hingga 42 minggu.


Apa-apa pun ,kena percaya dengan mother instinct anda. Keputusan di tangan anda. Buat keputusan yang terbaik setelah menimbang tara informasi yang anda peroleh dari orang-orang yang berpengalaman.


Boleh lihat video ini untuk petua induce secara natural atau alami.


Bila mendengar sahaja perkataan induce, pasti di kalangan ibu yang pernah mengalaminya berasa takut dan bimbang. Ada yang mengatakan induce menyakitkan dan tidak sanggup mengambilnya untuk mengelakkan kesakitan. Untuk makluman, penggunaan induce disebabkan overdue adalah perkara biasa. Ada yang risau kerana bila induce menggunakan belon atau setelah induce tiada epidural diberi.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test