10 Tip Hubungan Intim Untuk Mendapatkan Zuriat.



Assalammualaikum.
Entry kali ini akan berkisarkan tentang 10 tip hubungan intim yang kita boleh ikuti untuk mendapatkan zuriat. Saya rasa, tip-tip di bawah ini sangat bermanfaat bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat dan masih berusaha untuk mendapatkan zuriat. Harap info-info di bawah ini dapat membantu anda yang saya dapati dari majalah Pa&Ma .

Pilih Waktu Yang Tepat!
Hubungan seksual dan perasaan syahwat adalah fitrah serta naluri semulajadi makhluk tuhan. Dalam memenuhi tuntutan atau keperluan itu, pasangan lelaki dan perempuan yang diikat dengn perkahwinan, mempunyai hak dan kebebasan untuk berinteraksi secara fizikal antara satu sama lain. Melalui ikatan perkahwinan ini juga, setiap pasangan berhasrat mempunyai zuriat sebagai pengikat kasih sayang dan keturunan. Oleh itu, memilih waktu yang sesuai dan posisi yang betul adalah salah satu panduan untuk merancang kehamilan.

1. Waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bagi wanita yang menginginkan anak tentu sahaja waktu subur. Semasa menjalankan hubungan intim jangan hanya fokus kepada kekerapan tetapi lebih kepada kualiti hubungan intim itu sendiri. Terlalu kerap melakukan hubungan intim setiap hari akan menurunkan kadar dan kualiti sperma.

2. Setiap hubungan intim harus dinikmati oleh keduanya sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan bukan dianggap sebagai kegiatan wajib dan rutin.

3. Elakkan daripada memikirkan bahawa setiap kali melakukan hubungan intim adalah bertujuan untuk mendapatkan anak. Hubungan intim yang dinikmati akan meningkatkan kemungkinan terjadinya hamil.

4. Lakukan hubungan intim dengan tenang dan tidak terburu-buru. Carilah waktu yang sesuai buat anda dan pasangan menikmati hubungan intim dengan lebih santai dan romantis.

5. Lakukan pemanasan (foreplay) yang cukup supaya anda dan pasangan dengan lebih mudah mencapai klimaks. Ketika wanita mencapai klimaks, rahim wanita akan berkontraksi dan gerakan ini akan sangat membantu pergerakan sperma sehingga mempermudah pertemuan sperma dan telur.

6. Terdapat pelbagai posisi hubungan intim untuk mendapatkan zuriat. Antaranya ialah posisi suami di atas punggung isteri terjongket ke atas supaya air mani tidak melimpah keluar adalah posisi yang sesuai untuk mengelakkan keciciran air mani. Tusukan alat kelamin perlu dilakukan tanpa mengeluarkannya. Setelah selesai hubungan kelamin, anda akan terasa angin keluar bersama air mani.

7. Posisi isteri sujud dan ereksi dimasukkan dari belakang juga dapat mengelakkan keciciran air mani. Setelah selesai , isteri digalakkan mengekalkan  posisi itu untuk beberapa minit sebelum tidur mengiring. Dengan posisi ini, jika air mani masuk di dalam faraj, kemungkinan besar anda boleh hamil.

8. Dalam pada itu, jika sudah setahun berkahwin tetapi masih tiada apa-apa tanda kehamilan, suami perlu menjalani ujian air mani. Manakala isteri perlu menjalani ujian untuk mengesan pengovulan ( pengeluaran telur) dan X-ray untuk memastikan ruang rahim normal dan salur telur tidak tersumbat.

9. Jika kesemua ujian itu normal, pasangan suami isteri boleh cuba kaedah bantuan konsepsi seperti penyemaian benih waktu isteri subur dan bayi tabung uji.

10. Setelah melakukan hubungan kelamin, jangan terus bangun. Baring beberapa minit antara 20-30 minit supaya sperma dapat tinggal lebih lama dalam rahim. Oleh sebab itu digalakkan melakukan hubungan intim pada waktu malam iaitu anda dan pasangan boleh terus tidur. Ketika tidur, ia memberi peluang kepada sperma dan telur bercantum dengan lebih lama.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test