Jangkitan Telinga Tanpa Sedar.




Si kecil berusia setahun ke bawah kerap kali mengalami jangkitan pada telinga tanpa disedari. Keprihatinan ibu bapa mengesan jangkitan telinga boleh membantu mengelakkan kemerosotan atau hilang deria pendengaran pada masa akan datang. 

Pengalaman saya sendiri menghadapi anak yang mengalami jangkitan telinga, sedikit sebanyak membantu saya lebih berhati-hati dalam membesarkan anak-anak seperti sentiasa memeriksa kondisi telinga anak jika terdapat bau atau terdapat apa-apa bendasing di luar telinga.

Kenapa Si Kecil Berisiko Mendapat Jangkitan Telinga?

Si kecil lebih cenderung untuk mendapat jangkitan telinga berbanding orang dewasa kerana keadaan telinganya (tiub Eustachia ) yang sedang membesar mempunyai saluran yang lebih pendek dan kecil. Keadannya juga lebih mendatar dan sempit yang mudah memerangkap cecair.

Semasa anak anda membesar, panjang  tiub Eustachia  itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan. 


 Tambahan pula antibodi si kecil masih tidak sekuat orang dewasa, maka mereka lebih berisiko mendapat jangkitan.


Menurut pakar telinga, hidung dan mulut, Dr.Andrew Hotaling melaporkan masalah pendengaran mengganggu perkembangan si Manja seperti pertuturan. Jangkitan bekteria dan virus pada telinga sering berlaku pada bahagian telinga tengah.






RAWATAN :
Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. 

Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. 

Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. 

Cara menggunakan ubat titis telinga

1- Pesakit perlu baring mengiring dengan telinga yang bermasalah menghadap ke atas.

2- Ubat dititiskan ke dalam telinga, selalunya 5-10 titis, mengikut preskripsi doktor. Elok sekiranya ada orang lain yang membantu menitiskan ubat tersebut.

3- Pesakit perlu mengekalkan posisi selama 3-5 minit.

4- Apabila bangun, sebahagian dari titisan akan mengalir keluar. Ini adalah normal dan pesakit hanya perlu mengelap di bahagian cuping telinga dengan tisu.


5- Pesakit kemudiannya beralih ke posisi mengiring untuk telinga yang sebelah lagi dan ulangi proses tersebut jika perlu.


Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?

Beberapa faktor boleh menambahkan risiko jangkitan telinga, termasuk: 
1. Membiarkan anak anda minum susu botol secara berbaring;

2. Menggunakan susu formula bukan susu ibu;
mengguna puting;

3. Pendedahan kepada asap rokok;


4. Menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun, sebab terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga.

PETUA TRADISIONAL UNTUK SAKIT TELINGA:

Bawang putih 

Ekstrak bawang putih membunuh bakteria dan kulat. Kajian telah menunjukkan bahawa bawang outih boleh mengurangkan sakit jangkitan telinga. Anda perlu menggunakan minyak bawang putih sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan 3 titisan yang banyak untuk mendapatkan hasil yang cepat.
sumber :
http://earnosethroatdoc.blogspot.my/2012/03/apabila-telinga-berair.html

http://www.babycenter.com.my/a1045601/jangkitan-telinga

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test