5 Cara Pujuk Si Comel Makan Banyak



Masuk saja umur 6 bulan, wanita yang bergelar ibu mesti kalut mencari menu sesuai untuk si comel. Lagi pula ibu muda, mereka pasti akan mula mencari formula terbaik macam mana nak tarik makanan anak dengan cara yang lebih tepat. Tak perlu terlalu kawal, cukup jika anda boleh kontrol lima sudut ini ya...



1. Kenalkan makanan sihat
Pengenalan makanan pejal pada usia 6 bulan sangat penting. Biar anak-anak kenal sayur-sayuran terlebih dahulu. Kalau si kecil awal-awal terbiasa dengan rasa manis buah, si kecil cenderung menolak sayur-sayuran. Padahal khasiat daripada kedua-duanya amat penting.



2. Ibu dulu kena mula
Kanak-kanak adalah pemerhati terbaik. Mereka sangat cenderung mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Jika ibu bapa sendiri cerewet maka anak-anak juga cenderung untuk cerewet. Jadi jangan salahkan si kecil kalau tetiba anda pun makan memilih. 



3. Ubah gaya hias makanan
Pelbagaikan gaya persembahan atau hiasan pada makanan. Jadikan makanan lebih ceria dan berwarna-warni. Kalau rajin, ibu boleh aturkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap sajian anak. Buat depan matanya sambil kenalkan perkataan baru, ini lebih menarik bukan?


4. Kawal pengambilan cecair
Tidak kira daripada sumber susu atau minuman anda kena tolak tepi. Sebab kalau si kecil kenyang dengan air sahaja, itu yang buat si comel menolak untuk makan. Ingat, berikan makanan semasa anak lapar, bukan minuman! Cuba buat dahulu. Insya Allah berkesan.


5. Pantau khasiat pemakanan
Sumber dari karbohidrat, protein dan juga lemak perlu seimbang. Elakkan memberi si kecil dari satu sumber sahaja. Nak lagi mudah dan sihat, rujuklah piramid makanan untuk lebih peka tentang pemakanan.



sumber dari : mingguanwanita.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test