Set Kencing Manis SHAKLEE Premium & Budget



Pengenalan Kencing Manis / Diabetes
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah.

Apakah Insulin ?
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets ( kepulauan kecil ). Insulin bertugas untuk menceranakan glukosa dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)

Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Diabetes bersandar insulin
2. Diabetes bebas insulin
3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
4. Diabetes bentuk lain


Masalah Pengidap Kencing Manis
Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :

* Kegagalan buah pinggang
* Serangan jantung
* Kebutaan / Katarak
* Koma (hilang kesedaran)
* Angin Ahmar (strok)
* Lemah Tenaga Batin (lelaki)
* Sakit saraf atau "mati pucuk"
* 'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk


Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :

* Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
* Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.


Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah :




* Cemas.
* Berdebar-debar.
* Berpeluh.
* Menggeletar.
* Terasa lapar.
* Terkeliru.
* Penglihatan kabur.
* Pening lalat.
* Tidak sedarkan diri.


Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :



* Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
* Kerap terasa haus.
* Muntah-muntah.
* Badan semakin kurus.
* Koma.
* Sukar bernafas.
* Sakit perut.



Set  Premium Diabetes yang di syorkan SHAKLEE :






Set Budget Kencing Manis/ Diabetes :




ESP (Protein) (Harga: RM150.00/850g):
° ESP (Protein) dicerna secara berperingkat menyebabkan paras gula dibebas mengikut keperluan.

Sustained Release Vita-C Plus (Harga: RM92.50/180 tablet):
° Mempercepat proses penyembuhan luka.

B-Complex (Harga: RM53.75/120 tablet):
° Membantu menukarkan gula kepada tenaga.
° Membantu mengurangkan keletihan.

GLA Complex (Harga: RM91.25/60 kapsul):
° Membantu memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy (kerosakan saraf).

Zinc Complex (Harga RM33.75/120 tablet):
° Membantu penghasilan insulin.
° Membantu memulihkan luka.

Alfalfa Complex (Harga: RM53.75/330 tablet):
° Kandungan kromium membantu menstabilkan gula dalam darah.

Vivix ( Harga : RM475 / 150 ml)
° Kandungan Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh mengurangkan diabetes.



Berminat ? 
WhatssApp

Lydia Rahayu
( 013-2999408 )

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test