9 Simptom tombong di kalangan wanita


APA ITU TOMBONG ?
Kekenduran Rahim (Prolapse)

Tombong atau prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Tombong jarang sekali berlaku semasa wanita hamil. Sebaliknya ia biasa berlaku sebelum wanita hamil dan uterus akan menjadi kecut dan terangkat secara sendiri selepas 3 bulan hamil. 

Justeru, sesuatu yang terasa di kawasan dinding faraj oleh wanita hamil selalunya berkaitan dengan pundi kencing jatuh ( cystocele) atau rektum jatuh (redolece) atau dinding faraj jatuh. Walaubagaimanapun, ini hanya boleh dipastikan apabila wanita itu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Lazimnya, tombong lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah beberapa kali hamil dengan lebih daripada satu  atau lebih kelahiran vagina dan juga dihidapi wanita selepas putus haid.

Punca Berlakunya Tombong :

1. Kehamilan dan kerap bersalin,  terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi secara instrumental (forceps/ vacuum).
2. Umur meningkat dan menopaus.
3. Tidak meneran dengan betul semasa bersalin
4. Batuk atau sembelit kronik.
5. Berat badan berlebihan (obesiti).
6. Sering mengangkat barang berat.

7. Ketumbuhan dalam abdomen.

Kedudukan rahim yang jatuh terdiri daripada beberapa peringkat. Kedudukan rahim yang jatuh terdiri daripada beberapa peringkat.

Peringkat 1-
Rahim adalah pada separuh bahagian atas vagina.

Peringkat 2-
Rahim telah turun hampir pada permukaan pembukaan faraj.

Peringkat 3- 
Rahim menonjol keluar dari faraj.

Peringkat 4-
Rahim benar-benar keluar dari faraj sepenuhnya.

Simptom-simptom tombong:
1. Merasai sesuatu tekanan dalam pelvis atau vagina.
2. Sering ke tandas untuk mengosongkan pundi kencing.
3. Kebocoran air kencing.
4. Sakit belakang di kawasan berhampiran serviks.
5. Pendarahan faraj.
6. Peningkatan keputihan
7. Sukar buang air kecil atau air besar.
8. Jangkitan pundi kencing yang berulang
9. Rahim dan serviks yang membonjol ke dalam bukaan faraj.

Risiko
Komplikasi akibat daripada tombong semasa hamil berbeza-beza daripada jangkitan serviks kecil kepada pengguguran spontan. Selain itu anda mungkin akan mengalami tekanan bersalin lebih awal daripada waktunya (kelahiran pra-matang).
Wanita yang terjebak dengan masalah tombong mungkin menghadapi risiko tertentu dystocia semasa melahirkan yang mana memerlukan bantuan kecemasan untuk bersalin.
Risiko paling serius akibat tombong ialah kematian janin dan juga jangkitan saluran kencing yang serius serta kemungkinan mendedahkan wanita kepada perubahan pra-kanser sekiranya tombong berlaku dalam suatu masa yang panjang. 

Rawatan
1. Senaman kegel adalah selamat untuk wanita hamil kerana ia dapat membantu menguatkan otot lantai pelvik. Senaman ini sangat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Pengalaman sendiri terkena prolapse selepas beberapa hari melahirkan anak kedua sungguh menyeksakan. Puncanya adalah saya batuk teruk sebelum bersalin sehinggalah selepas bersalin. Dengan jahitan episotomi yang masih lagi belum sembuh, memang dugaan betul. Tetapi dengan mengamalkan senaman pernafasan kegel, iaitu tarik nafas, kemut selama 5 saat dan hembus perlahan-lahan. Buat dengan kerap sehingga rasa seperti normal semula. Alhamdulillah berkesan.
2. Teknik pembedahan juga sesuai dilakukan iaitu selepas 6 minggu melahirkan. Pembedahan yang disyorkan iaitu dengan cara serviks dipotong/ dipendekkan dan ligament uterosacial diketatkan melalui pembedahan liang faraj. Prosedur ini lebih sesuai untuk wanita yang merancang untuk hamil lagi. Sekrianya, tombong terlalu serius, histerektomi terpaksa dilakukan oleh doktor.

3. Terkini, rawatan termoden melalui rawatan FOTONA LASER (Incontilase & Intimalase) yang boleh dilakukan selepas selesai darah nifas. Rawatan laser bukan sahaja merawat tombong, malahan boleh mengembalikan hubungan intim yang sihat bersama suami hanya 3 hari selepas rawatan. Manakala untuk wanita yang tidak mengalami masalah tombong, laser mengetatkan faraj juga boleh dijalani untuk mengetatkan faraj longgar bagi mencapai kebahagiaan rumah tangga.


sumber :
1. Majalah Keluarga
2. http://yatiesendayutinggi.blogspot.my/2015/01/laki-minta-cerai-lepas-dapat-tombong.html
3. 

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test