Kenali Tanda Fetal Distress Semasa Hamil



Fetal Distress merupakan satu situasi di mana janin mengalami tekanan dan seterusnya menyebabkan dia lemas kerana kurang mendapat bekalan oksigen ketika anda sedang sakit bersalin sehingga boleh mengancam nyawa bayi. Untuk menyelamatkan baby tersebut, pembedahan caeserian perlu dilakukan segera.

Selain bekalan oksigen yang tidak mencukupi, fetal distress juga boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya saiz janin kecil daripada purata, kontraksi berlaku terlalu cepat atau terlebih hari (overdue). Jika kehamilan bermasalah, ia mungkin akan menjejaskan kelahiran bayi tersebut.

Kemungkinan besar janin lebih mudah mengalami fetal distress sekiranya anda mempunyai diabetes atau pra-eklampsia; darah tinggi, hamil kembar atau lebih dan berusia 35 tahun ke atas.

Tanda Fetal Distress


Pergerakan bayi kurang
Sekiranya ini berlaku, ia harus dipantau oleh doktor. Ada kalanya bayi tidur di dalam rahim, sehingga menyebabkan kurang pergerakan. Tetapi jika pergerakannya berbeza daripada biasa , anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan dia tidak berada dalam situasi yang bahaya.

Pergerakan bayi biasanya mantap sekitar 28 minggu. Jika anda berasa pergerakan bayi telah berhenti atau menurun, maklumkan doktor supaya pemeriksaan boleh dilakukan dan dapat memastikan bayi sihat dan selamat. 

Doktor perlu melakukan ujian bukan tekanan (NST), di mana 2 buah alat pengikat pinggang diletakkan pada perut anda untuk mengukur kadar jantung bayi dan kontraksi.


Pendarahan ketika hamil
Keadaan ini juga merupakan salah satu penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi kerana pendarahan ketika hamil menyebabkan kerosakan uri seperti yang berlaku pada accidental hemorrhage.


Toxemia
Rangkaian penyakit yang terdiri daripada tekanan darah tinggi , kencing yang mengandungi protein dan bengkak kaki/ edema turut  menjadi penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi.


Lilitan tali pusat
Tali pusat terlilit pada sekeliling leher bayi khususnya lilitan yang banyak boleh menyebabkan bayi lemas ketika bersalin. Keadaan ini dapat dikesan dengan ultrasound scanning


Cephalo pelvic disproportion (CPD)
Keadaan yang berpotensi menimbulkan situasi bayi lemas ialah rongga punggung anda yang sempit iaitu cephalo pelvic disproportion (CPD). Biasanya ukuran ketinggian anda rendah iaitu kurang daripada lima kaki.

Punggung leper
Kadangkala bentuk  rongga punggung si ibu yang tidak bulat tetapi leper juga menyebabkan bayi lemas. Adakala kepala bayi memasuki rongga punggung dalam keadaan senget dan ini menyebabkan proses bersalin memakan tempoh yang panjang dan akhirnya bayi lemas.

Pintu rahim tidak terbuka
Pintu rahim yang tidak mahu terbuka ketika bersalin dan berterusan juga penyebab bayi lemas.

Boleh dengar penjelasan dari Dr. Hamid Arsyat tentang penjelasan berkenaan Apakah Fetal Distress :




sumber : Majalah PAMA

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test