HB Rendah & Cara Penyelesaiannya.

Apakah HB rendah?
Anemia ataupun rendah terjadi apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan dan ibu bayi.



Lazimnya, anemia berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaran sel darah merah yang berkurangan, kehilangan darah atau kemusnahan sel-sel darah merah.

Kekurangan zat besi menjadikan penghasilan sel darah merah kurang. Hal inilah yang sering didepani oleh kebanyakan ibu yang mengalami anemia semasa hamil




Sepatutnya, semasa hamil, badan anda menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung tumbesaran bayi.
Sekiranya zat besi tidak dibekalkan dalam kuantiti yang mencukupi, penghasilan sel darah merah oleh tubuh tidak dapat menampung keperluan anda dan janin. Dalam masa yang sama, isipadu darah akan makin bertambah disebabkan oleh peningkatan plasma darah dan ini boleh menyebabkan keadaan yang dinamakan anemia relative atau fisiologi.


Tahap Anemia
Anemia semasa hamil mempunyai tahap tertentu. Mengikut World Health Organization (WHO), anemia sebagai hemoglobin (Hb) di bawah paras 11g/dL. Ia dikategorikan kepada 3 peringkat iaitu :

1. Ringan : Hb 9-11g/dL
2. Sederhana : Hb 7-9g/dL
3. Teruk : Hb kurang daripada 7g/dL


Golongan Berisiko
Menurut Dr Jumeah, Shamsudin ( Pakar Perbidanan dan sakit puan DEMC Specialist Hospital) setiap ibu hamil mempunyai risiko untuk mengalami masalah HB rendah. Biarpun begitu, berikut adalah golongan  ibu yang perlu mengambil  perhatian serius dan sentiasa mengambil langkah memantau paras sel darah merah untuk mengelakkan masalah HB rendah yang memudaratkan :



  1. Jarak anak dekat. Ibu yang hamil lagi dalam tempoh yang singkat.
  2. Ibu yang sedang hamil bayi kembar.
  3. Mengalami muntah teruk dan terlalu kerap ketika mengalami alahan mengandung.
  4. Ibu yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi yang mencukupi untuk penghasilan sel darah merah dalam kuantiti yang banyak untuk diri sendiri dan janin.
  5. Ibu yang mengalami haid yang banyak sebelum hamil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil.
  6. Ibu yang hamil muda iaitu pada usia remaja.
  7. Ibu mempunyai  sejarah anemia sebelum ini.
  8. Pengambilan alcohol oleh ibu.



Simptom

Bagi ibu hamil,paras hemoglobin  akan disahkan setiap kali rutin pemeriksaan antenatal. Keputusan yang kurang daripada Hb 11g/dL disahkan sebagai Hb rendah atau anemia dan perlukan rawatan segera. Menurut Doktor Jumeah, anemia menunjukkan tanda-tanda seperti berikut :
Semasa hamil,
  1. -         Ibu yang mengalami  anemia akan sering letih
  2. -         Lesu , pucat dan mudah pitam
  3. -         Tidak dapat memberikan tumpuan.
  4. -         Sakit kepala atau pening
  5. -         Sering sesak nafas.
  6. -         Jaundis seperti bahagian putih mata dan kulit menjadi kekuning-kuningan.


Bahaya Kepada Ibu & Bayi :
Bagi ibu yang mengalami HB rendah ini, terdapat beberapa risiko yang perlu dihidapi olehnya dan bayi andai masalah anemia tidak ditangani sejak dari awal. Antara kesan negatifnya;


Ibu :
1. Sistem pertahanan semulajadi badan menurun menjadikan diri lebih cenderung untuk jatuh sakit atau mudah mendapat jangkitan bacteria atau virus.
2. Ibu hamil dengan anemia yang teruk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi terutamanya semasa dan selepas kelahiran.
3. Berisiko mendapat komplikasi jantung di mana degupan jantung boleh meningkat (tachycardia) ke tahap yang luar biasa dan boleh mengalami kegagalan jantung kerana jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan cekap.
4. Tekanan darah tinggi
5. Ibu anemia juga berkemungkinan besar memerlukan pemindahan darah sekiranya mengalami pendarahan semasa melahirkan.


Bayi:
1. Bayi berisiko untuk lahir tidak cukup bulan (pramatang )
2. Lahir dengan berat badan yang rendah
3. Berisiko untuk mendapat masalah anemia kerana kekurangan zat besi.


Rawatan Perubatan
Menurut Dr Jumeah, setelah anemia dikesan, pihak perubatan akan mencadangkan kepada ibu yang kekurangan zat besi untuk meningkatkan kembali sel darah merahnya melalui pengambilan jenis makanan yang kaya dengan zat besi, serta merawat puncanya.

Rawatan untuk anemia biasanya melibatkan garam besi ferus (Ferrous iron salt). Dos oral garam besi ferus untuk anemia kekurangan zat besi adalah 100-200mg zat besi setiap hari.



Katanya, terdapat pelbagai jenis multivitamin atau vitamin yang mempunyai  garam besi ferus di pasaran. Ia sebaik-baiknya dengan sumber vitamin C ( asid askorbik ) seperti jus oren untuk memaksimumkan penyerapan.
Sekiranya masalah anemia gagal dirawat dengan menggunakan pil zat besi  disebabkan ketidakpatuhan pengambilan pil atau penyerapan zat besi yang tidak baik, terdapat terapi zat besi yang boleh diberikan melalui suntikan ke dalam vena atau otot.

Tip Pemakanan
Para ibu hendaklah menjaga pemakanan ketika hamil.  Mengikut Dr Jumeah, pemakanan yang tidak seimbang semasa pra kehamilan adalah antara punca utama yang membawa kepada masalah kekurangan hemoglobin. Ini sering terjadi kepada vegetarian. Amalam pemakanan seimbang dan kaya zat besi  biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kekurangan darah.






https://www.hypervibe.com/us/blog/how-to-recognize-the-most-common-mineral-and-vitamin-deficiencies/

Makanan Yang Perlu Dielakkan
Ada beberapa makanan yang perlu dielakkan daripada diambil bersama dengan zat besi kerana ia mengurangkan penyerapan zat besi di dalam saluran pemakanan. Antaranya :

  1. Teh
  2. Kopi
  3. Produk tenusu seperti susu
  4. Antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis
  5. Bijirin penuh ( Mengandungi asid phytic, yang boleh mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 2 jam selepas mengambil makanan ini sebelum mengambil suplemen dan zat besi.
  6. Makanan masam yang boleh melemahkan badan.
  7. Minyak goreng kitar semula.
  8. Makanan banyak bahan kimia
  9. Makanan yang boleh mengganggu system penghadaman seperti mencampurkan susu dan buah.
  10. Air R.O yang boleh mengganggu homeostasis darah kerana tiada bahan mineral.
  11. Beras putih, gula putih, tepung gandum putih yang tiada zat.


sumber : mingguan wanita

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test