Apakah Bahayanya penyakit Keputihan ?



Apakah itu penyakit keputihan?

Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan


Jenis-Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.

Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.






Cara mencegah Penyakit Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

1. Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
4. Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja.
5. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
6. Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
7. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
8. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
9. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
10. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
11. Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
12. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
13. Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.




Kesimpulan

- Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita. Namun, gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. Jenis keputihan fisiologis yang kerap terjadi pada wanita yang sihat merupakan gejala yang normal dan akan pulih secara semula jadi. Sebaliknya, keputihan patologik dikategorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. Gejala keputihan patologik disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman yang meliputi isu-isu kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup yang sihat.

- Mikroorgamisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama yang terlibat dalam jangkitan faraj. Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit adalah berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. Namun seakiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Wanita yang hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.

- Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test