Muzik Bantu Perkembangan Kanak-Kanak



Muzik salah satu komponen penting dalam pembelajaran kanak-kanak di tadika. Bermain muzik bukan sekadar berseronok. Hakikatnya ia adalah alat bantu mengajar untuk perkembangan kanak-kanak.

Kajian terbaru tentang membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik dan meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

Secara umumnya pengajaran muzik di tadika merangkumi konsep muzik seperti rima dan rentak. Biasanya guru akan mengadakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan semua kanak-kanak. Melalui aktiviti ini, dia akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan lain.

Dalam pada itu, peralatan muzik juga digunakan untuk pembelajaran di tadika. Ia bertujuan supaya kanak-kanak mahir dalam membezakan nada bunyi yang kuat dan lembut, bunyi panjang dan pendek.

Contohnya paluan kompang sebagai bunyi yang tinggi manakala kastenat sebagai bunyi rendah. Selain itu, penggunaan alatan muzik turut merangsang perkembangan diri kanak-kanak. Ikuti beberapa faedahnya:

1) Disiplin Diri
Ia dapat membina disiplin diri kepada kanak-kanak. Ia berlaku apabila dia menunggu giliran untuk bermain alatan muzik. Ia juga dapat meningkatkan konsep kendiri pada kanak-kanak dengan berkongsi alatan muzik bersama rakan-rakan lain.

2) Sosial Emosi
Melalui aktiviti muzik, ia merangsang perkembanga sosial emosi kanak-kanak. Dari sudut emosi, si kecil dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok. Manakala perkembangan sosial bermaksud pergaulannya dengan orang lain.

3) Perkembangan kognitif
Ia juga membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat , memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

4)Perbendaharaan kata
Pembelajaran muzik dapat mengembangkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Apabila lagu diperdendangkan, guru akan meminta kanak-kanak mengingati  lirik lagu. Kemudian mereka akan cuba menghafal lirik lagu. Dengan ini, secara tidak langsung dia dapat mengetahui perkataan baru.

5) Kerjasama
Muzik juga mengajar kanak-kanak mengeai erti tanggungjawab semasa bekerjasama dalam kumpulan. Sikap ini dipupuk ketika memainkan bahagian-bahagian alat muzik dalam kumpulan secara berkumpulan.





lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test