6 Punca Ibu Menyusu Tidak Datang Haid



Tentu ada kalangan ibu-ibu baharu bersalin anak pertama berasa cemas kerana masih lagi tidak datang haid walaupun anak sudah berusia enam bulan ke atas. Risau juga kalau-kalau 'lekat'. Bukan tak bersyukur tetapi anak masih kecil lagi, kalau boleh hendaklah ada jarak sedikit. Jangan risau sebab perkara itu adalah normal terutama kalau ibu jenis yang menyusukan anak secara eksklusif dengan susu ibu iaitu tak mencampurkan dengan susu formula atau sebarang cecair lain pada enam bulan pertama. Bahkan penyusuan diteruskan lagi sehingga anak berusia dua tahun. Ini kerana hormon prolaktin (hormon penyusuan) ibu berada pada paras sangat tinggi!

Sebenarnya setiap ibu akan melalui fasa yang berbeza antara satu sama lain. Tidak ada waktu khusus yang boleh dianggarkan bila kitaran haid ibu menyusu akan stabil. Ada yang mula datang haid selepas beberapa minggu, beberapa bulan, selepas setahun, atau juga apabila bayi mula makan, atau bayi tidur lebih lama di waktu malam. Bahkan jangan terkejut kerana ada juga yang hanya datang haid selepas bayi berhenti menyusu sepenuhnya! Oleh itu, ibu menyusu yang tidak datang haid adalah perkara normal dan tidak semestinya ia petanda dirinya positif mengandung.

Selain dari itu ada juga ibu menyusu yang mengalami kitaran haid tidak stabil sepanjang menyusukan anak. Misalnya, datang haid dalam kiraan hari yang singkat atau lebih lama berbanding biasa. Bahkan ada juga yang hanya datang haid sekali, kemudian tidak datang berbulan-bulan sehingga haid seterusnya tetapi bukan mengandung. Semua itu adalah normal bagi ibu menyusu.

Jadi, untuk mengetahui bilakah waktu haid yang pertama akan hadir kepada ibu menyusu selepas melahirkan bayi bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya adalah seperti berikut:


1. Kekerapan menyusu bayi secara terus dari payu dara.


2. Adakah bayi menggunakan puting kosong atau tidak.


3. Sudahkah bayi makan makanan pejal pertamanya?


4. Kekerapan bayi minum susu perahan ibu menggunakan botol susu.


5. Berapa lama bayi tidur di waktu malam dengan lena.


6. Tindak balas hormon dalaman ibu iaitu antara hormon estrogen dan hormon prolaktin. Keduanya ini saling berlawanan. Apabila satu hormon pada paras tinggi, satu lagi akan menjadi rendah.






Ini bermakna semakin berkurangan rangsangan kepada payu dara (kekerapan menyusukan bayi berkurangan) terutama pada waktu malam, besar kemungkinan haid akan datang dalam masa terdekat.


sumber : Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test