6 Cara melatih tabiat anak kencing malam



Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang.


Apabila kanak-kanak itu telah berumur 5 tahun ke atas dan mula memasuki sekolah tadika, pada kebiasannya mereka telah dapat mengawal tabiat kencingnya pada waktu malam. Tetapi jika masih lagi kencing malam di atas katil, melebihi 2 kali sebulan pada umur 5-6 gathun ia dinamakan bedwetting atau nocturnal enuresis.

Bagi kanak-kanak yang selalu saja kencing  atas tilam dinamakan sebagai primary enuresis, di mana ia berlaku tanpa sebab yang jelas.

Walau bagaimanapun harus diperiksa jika terdapat masalah serius seperti masalah saraf tunjang(spinal cord), jangkitan kuman pada air kencing atau diabetes.

Jika ia berlaku sesekali, keadaan ini dinamakan sebagai secondary enuresis, yang boleh terjadi apabila kanakkanak itu terlalu penat, menghadapi masalah emosi (marah,sedih) atau jadual tidur yang bertukar.

Ia lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki lebih daripada kanak-kanak perempuan. Masalah psychosocial seperti rasa malu atau rendah diri mungkin timbul apabila kanak-kanak dimalukan oleh ibu bapa atau ahli-keluarga mereka di hadapan ramai.


Bila perlu berjumpa doktor?

"Kanak-kanak berumur 5-7 tahun harus dibawa jumpa doktor jika tabiat kencing malamnya tidak terkawal iaitu mungkin setiap hari dia membasahi tilamnya. Namun begitu kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun, tabiat ini ialah proses tumbesaran semulajadi mereka yang tidak perlu dibimbangkan."

- Ibu bapa harus mencatatkan kekerapan anak mereka kencing malam bagi memudahkan rawatan
- Pemeriksaan struktur tulang belakang akan dilakukan oleh doktor.
-Pemeriksaan air kencing ( UFEME) dilakukan bagi menyaring jangkitan kuman pada pundi kencing dan mengesan diabetes.
- 2 cara rawatan iaitu melatih tabiat mereka ( behavior therapy) atau memberi ubat-ubatan.







Bedwetting alarm ialah salah satu cara membantu kanak-kanak agar dapat mengawal tabiat kencing malam mereka.




sumber :
1. http://drzubaidi.com/blog/melatih-anak-hindari-tabiat-kencing-malam/
2. http://www.webmd.com/children/features/bedwetting-causes?page=3

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test