J.A.N.J.I



JANJI.


Semua orang pernah berjanji tetapi tidak semua akan mengotakan janjinya.  Pemerhatian masyarakat Melayu silam akan sikap masyarakat yang tidakmengotakan janji ini membawa kepada peribahasa “Menanam tebu di tepi bibir”. 

 Ia merujuk kepada mereka yang menjanjikan pelbagai perkara manis tetapi kemudian memungkirinya. 






BERJANJI merupakan fitrah semulajadi manusia manakala menepati janji merupakan tabiat dan sikap orang yang ikhlas pada Tuhan dan sentiasa menyedari bahawa diri diawasi oleh-Nya dalam melakukan amalan mereka. Dengan sikap ini, mereka tidak akan mungkir janji. Mereka itulah orang yang jujur sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa." [Al-Baqarah: 177]



Menunaikan janji amat diutamakan oleh agama Islam termasuklah janji seorang ibu atau bapa kepada anak mereka.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda, yang antara lain membawa maksud, sekiranya seorang ibu (atau bapa) berjanji untuk memberi sesuatu kepada anaknya tetapi kemudian tidak menunaikan janji tersebut, maka si ibu atau si bapa tadi dianggap telah memungkiri janjinya.



Sekiranya perjanjian dengan kanak-kanak pun wajib ditunaikan, inikan pula perjanjian dengan orang dewasa, apalagi rakyat jelata.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

1 comment:

  1. Play for real, free. (No Sign Up Bonus, Free Coins, No
    Casino Games. Welcome to Drmcd, your premier resource for all types of casino games! No 안동 출장샵 Deposit Required. Sign Up 경상남도 출장샵 For A Play 속초 출장마사지 On 동두천 출장마사지 This 충주 출장마사지 Site.

    ReplyDelete

test